Thursday, December 10, 2009

Harapanku...



“Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (Kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah Al-furqan: 74)


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Hanya beberapa minggu sahaja lagi,duniaku serta kehidupanku sedikit berubah dengan kehadiran orang baru dalam hidupku,pelbagai perasan menghantui diriku kini..,takut,gembira,berdebar2 dan macam2 lagi.


Harapanku semoga hidup kami diberkatiNya nanti,hidup dalam kerahmatanNya,Semoga bahtera yang dibina bersama nanti mekar,suci bersama perjuangan islam yang tiada noktah.Hanya keranaNya..




Selengkapnya...

Tuesday, December 1, 2009

Sinar Insan Luar biasa..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Perit,pedih,sakit hati merupakan masalah hati yang sering dirasai.Terkadang tindakan orang di sekeliling,yang selalu bersuamuka,kwn rapat,malah sahabat baik sendiri juga mungkin pernah mengguris hati nurani seseorang individu..secara tidak sedar jua secara sedar..secara halus,hati ini sukar dikawal,dan diwaktu ini kemampuan akal fikiran,rasional seseorang teruji..sangat teruji..dan beruntunglah orang yang berfikir,dengan akal yang sempurna diserikan pula dengan sinar iman di dada..semestinya semua masalah hati mampu dikawal,InsyaAllah..kerana hidupnya manusia hanya keranaNya..


Manusia,
sememangnya mudah lupa,mudah alpa,aku juga tidak terkecuali,
kerana itu hati perlu dibersih,cubalah jadi insan luar biasa..
Terkadang saat hati terguris,emosi mula mengawal akal,Nauzubillah..
Saat itu syaitan mencelah,menambah bara kemarahan di dada..
Saat2 sebegini,berdiam lebih baik,cuba beristighfar,
Sekiranya tangisan mampu meredhakan keperitan yang dirasa,
tangislah,tapi jangan sampai merintih..Ingatlah Dia selalu di sisi.

Dan terkadang hati seseorang sangat terguris,tatkala hukuman diberi bukan pada kesalahannya..dan saat ini,hati yang sakit ,insan yang biasa mungkin tersalah langkah..berfikirlah..janganlah tersalah dalam membuat tindakan..kemarahan,sakitnya hati yang terasa mampu mengarah akal dalam membalas dendam..

Berfikirlah wahai manusia,
Jadilah insan luar biasa,
Kesakitan ,keperitan,kejahatan yang diterima..
sekiranya dibalas dengan kebaikan,
Sesungguhnya tergolonglah kamu dalam golongan yang terpuji dan mulia.


Selengkapnya...

Monday, November 23, 2009

Undangan majlis pernikahanku



Assalamu'alaikum.

*****

“Kahwinkanlah orang yang sendirian antara kamu. Sesungguhnya Allah akan memperbaiki akhlak mereka, meluaskan rezeki mereka dan menambahkan keluhuran mereka.”
(Maksud Hadith)


Dengan segala hormat dipersilakan rakan taulan untuk sama-sama meraikan pernikahan:


Rahimah binti Abdul Rahman & Muhamad Syahrul Fitri Zawawi

di Lot 1031, Kg. Buloh Poh, 16450 Ketereh,Kota Bharu, Kelantan.

di Lot 357, Kg. Semut Api, Jalan Perdana Resort, 15350 Kota Bharu, Kelantan.



 Diharapkan semoga dengan kehadiran semua akan memeriahkan dan menambah-berkatkan majlis kesyukuran ini, insyaAllah.

*****

“Bukan termasuk golonganku orang yang merasa khuatir akan terkongkong hidupnya kerana menikah, kemudian tidak menikah.”
(Riwayat At-Tabrani)


+ Syahr  musafir_msfz@yahoo.com
+ Emah mujahadah87@yahoo.com



Selengkapnya...

Thursday, November 19, 2009

Anugerah..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Anugerah Allah pada hambaNya hadir setiap saat,cuma kdg2 kita lupa,sedih,pilu..perasaan sebegitu terkadang menghantui diri sedangkan kita lupa Dia sentiasa ada..ada di sisi hambaNya..refreshkan iman kita..


Selengkapnya...

Saturday, November 14, 2009

Segalanya terjawab....




Banyak persoalan bermain dalam pemikiran..kenapakah?bagaimanakah? dan apakah??Sesungguhnya persoalan itu semua terjawab dalam Al-Quran..tadabburlah..agar jiwamu bergetar bila menyebut namaNYA...

Kita bertanya : kenapa aku diuji?

Quran menjawab :

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan kami telah beriman,sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Allah menyukai orang yang benar & sesungguhnya Dia mengetahui orang -orang yang berdusta."

(Surah Al-Ankabut,ayat 2-3)

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab :

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia baik bagimu.Boleh jadi menyayangi sesuatu padahal ia buruk bagimu.Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"

(Surah Al-Baqarah,ayat 216)

Kita bertanya : kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab:

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya"

(Surah Al-Baqarah,ayat 286)


Kita bertanya :Kenapa kita rasa frust,putus asa?

Quran menjawab:

"Janganlah kamu bersikap lemah & janganlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya,jika kamu orang-orang yang beriman"

(Surah Al-Imran,ayat 139)


Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab:

"& mintalah pertolongan(kepada Allah) dgn jalan sabar & mengerjakan sembahyang & sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk"

(Surah Al-Baqarah,ayat 45)

Selengkapnya...

Saturday, November 7, 2009

Teruskan usahamu...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Peperiksaan sudah bermula.Aku rindu saat2 ketika itu..Memori ingatan digunakan sepenuhnya,sangat aktif...Dan hidup ini lebih bermakna sekiranya usaha itu berterusan bukan sekadar bertarung atau berjuang demi peperiksaan ,malah ilmu itu segar,mekar di dunia jua di sana..(akhirat)


Kini,aku telah bekerja,walaupun sementara,dan mungkin medan peperiksaan akan kurasai semula..InsyaAllah..

Semoga berjaya dalam peperiksaan khas untuk semua sahabat2ku.Tingkatkan usahamu,seiring dengan doa dan Tawakkal,InsyaAllah kejayaan bakal diraih..AMIN..

Selengkapnya...

Sunday, October 25, 2009

Ku berlari...



Ku berlari...
aku terus berlari..
Mengejar mentari yang kian merangkak pergi..
Malam pula mengganti..
Sememangnya saban hari..
Itulah yang diatur Illahi..

Aku meniti hari..
dan terus meniti hari..
Perasaanku bercampur baur kini..
Adakah ke sana,ke situ atau kesini?..
Harus kulalui Ya Allah ya Rabbi...
Pantas kucapai kitab suci..
Dan ketenangan itu kian menghampiri..
Alhamdulillah..ku bersyukur ke hadrat Illahi..



Aku gembira..
Dan aku terus bergembira..
Sememangnya aku sepatutnya bergembira..
Kau hadir dalam diriku bukan seketika..
tetapi setiap waktu,tidak mengira masa..

Aku kini bersedia..
dan terus bersedia..
meniti suatu hari yang bakal tiba..
dan semestinya hari itu aku sepatutnya gembira..
dan semoga gembira itu kekal selama-lamaNya..
InsyaAllah,kuyakin seseorang mampu membawaku bersamanya ke syurga..
melayar bahtera..
Aku yakin dan berdoa..
Ya Allah..berkatilah apa yang bakal tiba..
Kerana Kau adalah segala-galanya..

Selengkapnya...

Sunday, October 4, 2009

Sekadar Renungan..




Erti hidup pada memberi

Jika mahu mendapatkan yang soleh, kurangkan agenda menCARI si Soleh, tetapi berusahalah menJADI yang solehah. Jika inginkan yang solehah, janganlah cerewet menCARI yang solehah, tetapi berusahalah menJADI yang soleh. Bertemu yang solehah, solehahnya dia... belum tentu kekal. Bertemu yang soleh, solehnya boleh berubah..kerana si soleh dan si solehah adalah insan biasa. Perkahwinan adalah sebahagian daripada proses untuk MENJADI, bukan MENCARI...


Nikmat yg sering dilupakan

Dari Ibnu Abbas r.a., katanya, Nabi s.a.w. bersabda; "Ada dua nikmat yang sering kebanyakkan manusia tertipu tentangnya (sering melupakannya), iaitu waktu sihat dan waktu senang."

..Riwayat Bukhari..



Selengkapnya...

Friday, September 18, 2009

KeranaMu...



Alhamdulillah...
Aku berpeluang lagi Ya Allah..
menghirup udara segar dan nyaman
hari ini,ketika ini dan saat ini..

Di satu sudut,ku termenung..
Aku berfikir sejenak.
Aku merasakan Kau rencanakan sesuatu utkku..Ya Allah..
Mungkin perit,tapi Ya Allah KeranaMu..
Aku sanggup..
Aku terima..
Aku Redha..Ya Allah..
keranaMu,aku mahu kuat dan Kekuatan itu perlu demi perjuangan islam..
Perjuangan itu juga memerlukan pengorbanan..
Justeru,aku perlu kuat..


Kutahu..aku sedang ditarbiyah..
Dan apa yang aku lalui kini..juga merupakan salah satu tarbiyah
Mendidik aku menjadi kuat,lebih meredhai apa yang Kau tentukan.
Dan di sebalik semua ini..
Aku tahu..setiap di antara hambaMu akan diuji,
Dan sesungguhnya ujian hadir dalam pelbagai bentuk..
kehilangan,kekurangan juga kegembiraan..
dan kadang2 tanpa disedari,aku sebenarnya diujiMu..

KeranaMu Ya Allah..
Aku berusaha...
Dan aku terus lagi berusaha..
Berusaha mencari RedhaMu dalam setiap langkahku..
Kuharap RedhaMu juga hadir dlm setiap keputusan yg kuputuskan..
Meskipun keputusan itu perit,pedih..
Aku harapkan Akalku mendahului hatiku dalam segala hal..
kerana kutahu hati itu mudah berbolak balik..
Dan kuharap akalku menerima segala keputusan berdasarkan petunjukMu
kerana kutahu ISLAM bukan agama yang semutlak2nya berdasarkan akal fikiran manusia..
Sesungguhnya Kamu mengetahui apa yang ku tidak ketahui Ya Allah..
Kerana Dunia ini,bumi ini adalah milikMu
Aku terima,Aku Redha..
Bukan mahu menunjukkan bahawa diriku kuat,tegal dalam segala mehnah,ujian
tapi usahaku tidak lain tidak bukan
adalah.."KERANAMU..."




Selengkapnya...

Sunday, September 13, 2009

Layakkah aku berdendam??..



Sinar mentari kian merangkak,Aku tersenyum sendirian..
Panggilan telefon yang kuterima sebentar tadi betul2 membuatkan diriku teruja..
Setiap bait kata2nya yang kudengari..
sudah memadai utk kugambarkan dirinya insan terpilih..
istimewa untukku..dan sememangnya Allah telah mengaturkan itu semua..
Alhamdulillah..syukur keranaNYA ,terjalin jua silaturrahim ini..
walau tanpa bersua muka,diriku dan dirimu seolah2 sudah satu hati..
demi melihat ISLAM terjaga..TARBIYAH terbimbing,
jua DAKWAH subur melata di bumi bertuah ini..
......................................................

Muhasabahlah diri ini..
Jagalah hubungan sesama manusiamu..
Sesungguhnya hati manusia sukar dimengerti..
Sudahkah kamu lupa..tentang Hadis di bawah ini..wahai sahabatku..

"Dari Anas r.a bahawasanya Nabi S.A.W bersabda: Janganlah engkau saling benci membenci ,saling belakang membelakangi & saling putus memutuskan ikatan persahabatan atau kekeluargaan dan jadikanlah engkau semua ,hamba2 Allah sebagai saudara2.Tidaklah halal seseorang muslim kalau ia meninggalkan-yakni tidak menyapa saudaranya lebih dari 3 hari"

(Muttafaq 'alaih)


Sesungguhnya aku menyayangimu kerana kita bersaudara
Ku tidak menginginkan kamu bermusuhan..
Jangan diikutkan hati yang lara..
dukacita,sedih,berkecil hati,merajuk..itu semua memang sifat manusia..
sesungguhnya kita lemah,kita kerdil..

Sahabatku..
berbaliklah kepada tuhan..
Allah yang maha Pemurah,Mengasihani jua Pengampun..
Sama2lah kita menjaga Hablumminallah(Hubungan dengan Allah)..
Tidak bolehkah kamu saling memaafkan dan saling bertoleransi,sahabat2ku..
Aku terlalu menginginkan kemesraan terjalin semula..

Tidakkah kau berfikir tentang sifat Maha Pengampun Allah..
Walaupun ramai golongan hambaNya yang kufur nikmat yang diberiNYA,
Adakah Dia mengungkit?Adakah DIA terus hancurkan bumi ini?
Adakah Dia menghentikan nikmat yang terlalu banyak pada hamba2Nya meskipun ramai yang kufur?Cuba kita fikirkan sekiranya Allah itu bersifat pendendam,sukar memaafkan,sudah pasti dihancurkan bumi ini..tapi sahabatku,Allah itu sifatNya Pengampun,Pemurah,Penyayang pada hambaNya..
Sama2lah kita fikirkan..

Jadi..
layakkah kita membenci,mendendami saudara kita yang lain?
sedangkan Allah itu Maha Pengampun.
Ayuh sahabat2ku..sama2lah kita bermuhasabah..
Tanyalah diri masing2 "layakkah kita berdendam?",
"Layakkah kita bermusuhan sesama manusia?"
Sekira "TIDAK" jawapanmu,Alhamdulillah kamu melangkah menuju RedhaNya..
tapi sekira"YA" adalah jawapanmu,berbaliklah kembali kepada hubunganmu dengan Allah,
Perbaikilah hubunganmu denganNYA..
Kuyakin terjaganya hubunganmu dengan Allah(Hablumminallah),
Hubungan sesama manusiamu (Hablumminannas)juga turut terjaga...

Selengkapnya...

Saturday, September 12, 2009

Why Women TALK and Men WALK..


As we all known ,men and women are having differently way of thinking.Both are actually complementary each other,as Allah S.W.T created us,either we are men or women,we are same,need to be humble for HIM and Allah stated in Al-Quran,Islam will be spread,overwhelming start from the sacred relationship between men and women(married) and from them ,next generation will be generated.

While I'm thinking about this,I recall back my memories in reading a book wrote by "inspirational " John Gray,Author of book "Men from Mars,Women From Venus".Actually,I'm just reading his another book entitle same as i'm stated above as this post Title " Why Women TALK and Men WALK".

This book actually gave me one step to understand the gender,understand myself as woman and men as well.

Here I rewrite back what was wrote by John Gray about women and men emotionally different.Women are always said by others more emotional than men,and after read this book,i knew detail about myself biologically and no wonder women are more emotional than men.Let us read and understand what was wrote by him(John Gray)

" Having a working emotional vocabulory is more than just knowing the meaning of words.It includes the ability to label,describe and express your varied and subtle emotions and to interpret the emotional expression to other people.

Female seem to have a brain structure that is a bit more suited to emotional vocabulary.They have more cells in the areas of brain that mediate language and that connect the emotional areas with the language areas.This slight biological difference is apparent in a verbal behaviour of children as young as eigtheen months

*It becomes greatly exaggerated by parenting,peers,school,and culture as we talk about emotional words far more with little girls than litte boys.*

Men know the meaning of the words,they just don't use them to make emotional connection the way females do.Emotional talks is the native languages of females,leading one ontropologist to observe that talking is to women grooming is to other primates.

Teaching adult men emotional vocabulary will never give them the verbal fluency of women,just as learning new language in adulthood cannot match learning it as child and speaking it throughout life.Emotional words are a a second language for him,and he'll speak with a thick accent.No matter how much he tries,he just won't sound as natural and genuine as your girlfriends using the same words
."

That're several part about what John Gray wrote.I'm trying to understand what he tried to say after finish reading the whole of this book.

I'm just one step knowing the gender studies...knowing about myself and men as well...

of course this knowledge gave me benefits knowing the reality of life..

Selengkapnya...

Bersihkan hati..



10 Ramadhan terakhir kini telah pun tiba..
Kurasa kini masa begitu pantas berlalu..
Aku malu..
Aku terharu..
Aku sedih..juga gembira
perasaan2 itu bercampur baur,
Sukar untuk kumengerti perasaan ini..
Mampukah ketenangan dapat kucari..
Di saat2 Lailatul Qadar kian hampiri,
dan mungkin Malam yg ditunggu itu telahpun kita lalui..
tanpa disedari..

Satu persatu helaian Kitab Suci Al-Quran kuselak,
juga kubaca,tadabbur agar isinya kufaham sebetul2nya..
Ya Allah..satu keluhan terbit di bibirku
Kutahu Ya Allah,hatiku,Jiwaku rindukan tempat asalnya..
"Tempat Asal" yang kembali kepada ketenangan..
Ketenangan yang abadi terbit dari jiwa juga hati yang bersih..

Justeru Ya Allah..
Aku memohon..Bimbinglah daku,lindungilah daku..
juga keluargaku,sahabat2ku,muslimin muslimat daripada dikotori oleh jiwa2 yang miskin..miskinkan ketenangan,kehambaan kepadaMU
agar Mardhotillah,KeredhaanMu dapat dicapai dengan mudah
semudah angin lalu tanpa sebarang halangan yang besar..

Kerna itu,ku terus berusaha,Ya Allah..
agar hatiku yang kotor dapat dibersihkan sekerap yang mungkin
kerna kutahu, mustahil hati yang bersih akan bersih selama2nya
tetapi tidak mustahil untuk itu berlaku..
Justeru,sentiasalah berusaha ke arah itu..
Muhasabahlah diri kerna kupasti,jalan ini akan membawaku ke syurga Hakiki,InsyaAllah..AMIN..




Selengkapnya...

Friday, September 4, 2009

Merdekakah kita?

Bulan kemerdekaan tahun ini telah jatuh dalam Bulan Ramadhan Al-Mubarak.Di saat2 kesyahduan imam mengimani solat terawih di masjid2 setiap tempat,ada golongan yang sanggup menunggu saat2 berdetiknya jam 12 malam pada 31 Ogos yang lepas.Timbul persoalan di benak fikiran kita,Merdekakah mereka (orang2 Muslim) yang sanggup meninggalkan ibadah yang dituntut dalam bulan Ramadhan semata2 menunggu saat2yang genting itu,dan semestinya pelbagai pesta mula bertamu,yang muda dengan gaya mereka tersendiri,yang tua ada segelintir,apakah erti kemerdekaan dalam benak fikiran mereka sebenarnya...itu yang menjadi persoalan ramai pihak..Bertambah sedih apabila mendengar luahan hati pegawai2 keselamatan yang bertugas di tempat2 sambutan kemerdekaan diadakan.Kata mereka,botol2 arak berselerakan ditambah pula ada beberapa kondom yang bersepah yang semestinya memburukkan pemandangan sekaligus melambangkan keruntuhan moral dalam kalangan generasi muda zaman sekarang...Nau'zubillah..

Rungutan ramai golongan berkenaan perihal tambang teksi sudah lali dipendengaranku sebelum hari ulangtahun merdeka pada 31 Ogos lagi.Bertambah rungutan apabila tambang bas rapidKl,metro juga naik bermula 1 September yang lepas,harga minyak juga turut naik dan semua ini merisaukan ramai golongan.Tambang bas ekspres juga turut naik dan fenomena ini sudah menjadi kebiasaan apabila musim perayaan bakal menyusul tidak lama lagi.Aku juga tidak terlepas daripada melepaskan keluhan apabila dahulunya tiket rapidKl boleh diguna dua hala kini hanya sehala.Dahulunya hanya RM3.00 sudah memadai utk aku berulang alik dari tempat kerjaku,Sekolah Menengah Assunta dari rumah,tetapi kini aku memerlukan RM6.80 utk aku berulang alik ke tempat kerja setiap hari kerana tambang RapidKL tidak lagi boleh digunakan utk dua hala.Tetapi selepas puas berfikir,mungkin situasi inilah yang ideal dengan keadaan rakyat Malaysia selepas 52 tahun merdeka.Walaupun payah,perlu dibiasakan jua..
..........................
Duniaku kini lain berbanding dahulu,hanya belajar dan berdepan dengan rakan2 seperjuangan juga pensyarah2.Proses belajar begitu berbeza dengan situasi bekerja yang kualami ketika ini.Aku belajar banyak perkara melalui pengalaman kerja sebagai seorang guru walaupun hanya sementara.Bagiku,baru kini kurasakan bukan senang untuk menjadi seorang guru yang betul2 mahu melihat generasi2 muda kini terus berjaya dalam akademik juga sahsiah.Pelajar2 sekolah zaman sekarang sungguh berbeza berbanding dahulu dalam pelbagai segi.Nilai kesopanan semakin terhakis,jua nilai kehormatan pada guru2 semakin luntur.Kadang2 terlintas di benak fikiranku,ramai pelajar kini gagal dalam sahsiah walaupun akademik mereka begitu cemerlang dan semestinya acuan ini merisaukan ramai pihak,entah siapa yang perlu dipersalahkan,adakah pihak ibubapa?pihak sekolah?atau persekitaran yang mengajar mereka mengikut acuan yang melahirkan sahsiah yang akhirnya akan melenyapkan kemajuan negara kita apatah lagi nilai2 murni dan keislaman tidak diasuh dari usia muda...aku mula berfikir tentang mereka yang dikatakan bakal memimpin negara suatu hari nanti..kerisauan terbit dihati..

.......................

Kerisauanku bertambah lagi tatkala pada 3 September 2009 yang lepas,aku berdepan dengan realiti hidup para remaja kini.Bermula saat itu,aku mula berhati2 dengan pelajar2 sekolah terutamanya dalam kalangan remaja..yang mana sifat inkuiri(perasaan ingin tahu)mereka terlalu tinggi.Tanpa panduan dan keimanan yang dibentuk sejak dari rebung,sudah pasti mereka tersalah langkah...

Pada suatu petang...

"Eh,Kak Rosnah,takpelah,saya boleh balik sendiri,nanti bas U66 datang.."Aku memberi alasan tatkala kereta Toyota Avanza milik Kak Rosnah betul2 berhenti di hadapanku.Kak Rosnah merupakan salah seorang guru kelas Tingkatan 2 di sekolah yang sama,tempat kumengajar.

"Alah..naik je,rumah saya kat Kerinchi tu je,nanti saya turunkan awak depan rumah saya ye,cepat naik..,jangan segan2.."Ajak Kak Rosnah bila melihat aku teragak2 menerima pelawaannya.

Akhirnya aku menumpang kereta kak Rosnah pulang balik mengajar pada petang 3 September lepas.Dari dalam kereta itulah, banyak cerita yang dikhabarkan Kak Rosnah pada pengetahuanku..

"Huh..saya betul2 penat tau hari ni..!,budak2 ni buat hal.."kedengaran keluhan keras Kak Rosnah.

"Kenapa Kak Rosnah,ada masalah besar ke?budak2 degil sangat ye akak?"Aku mengagak apa yang terjadi yang menyebabkan keluhan keras kedengaran dari seorang guru seperti Kak Rosnah yang kukenal dengan sifat penyabarnya.

"Tu da memang da,budak2 ni memang degil..ni haa..satu hal yang besar lagi,.ada budak kelas akak bawak arak dalam kelas,geram sungguh akak,betul2 mencabar kita lah..tak hormat bulan Ramadhan langsung,budak yang bawak tu Cina,akak risau budak2 melayu terikut2..huh!!"Panjang lebar Kak Rosnah bercerita perihal sebenar.Perkataan "arak"yang bagiku amat berat, betul2 memeranjatkan aku apatah lagi sekolah tersebut hanya terdiri daripada pelajar2 perempuan sahaja.Aku turut melepaskan keluhan berat..

"Ya Allah,beraninya diorang akak,betul2 tak hormat Bulan Ramadhan langsung,memang kurang ajar la.."Aku naik geram bila suara mendatar Kak Rosnah sudah tidak lagi kedengaran dek rasa geram yang memuncak.

Perbualan kami akhirnya berhenti bila tiba di rumah kak Rosnah.Usai berterima kasih di atas pertolongan Kak Rosnah,aku terus menunggu bas menuju ke rumahku.Seiring kakiku yang melangkah,aku membawa pemikiran sendiri,sedih memikirkan perihal tadi.Keruntuhan akhlak dan sahsiah remaja sekolah kini tidak megira jantina,kaum dan juga bangsa.

Aku berfikir dan terus berfikir,apakah corak pemerintahan yang adil dan keamanan negara dapat ditingkatkan dengan acuan generasi muda sebegini rupa.?.Aku bertambah risau akan keadaan keamanan negara yang sedia ada kian luntur.Kutahu amat payah untuk megekalkan keamanan apatah lagi dalam melangkah menuju usaha mempertingkatkan lagi keamanan negara.

Hanya satu cara yang memudahkan jalan menuju keamanan dan kesejahteraan sesebuah negara iaitu..MEMPERBETULKAN AQIDAH,SAHSIAH ,AKHLAK GENERASI MUDA..Bak kata pepatah" Sekiranya mahu melihat keamanan sesuatu negara pada masa akan datang,tengok dan telitilah generasi muda masa kini"..

Dari itu,pelbagai usaha perlu diambil bagi menangani masalah ini,sama2lah kita fikirkan..,

dan yang paling utama sandarkanlah segala usaha semutlak2nya pada Yang Maha Esa.Usai berusaha,tawakkal perlu bersama.InsyaAllah segala bentuk masalah dpat diselesaikan..kerana kita (manusia) sama,cuma taqwa yang membezakan di antara kita...=)

Selengkapnya...

Sunday, August 30, 2009

Bicara hati...


Jiwa yang sentiasa rindukan kalimah Kudus suci Ya Rabb ,pasti teruja dengan kedatangan Ramadhan.Pesta Ibadah bermula dengan iringan bacaan2 Ayat2 suci Al-Quran di corong2 Radio,jua kedengaran bila hampir waktu berbuka puasa di surau2,semua itu membangkitkan rasa kesyahduan di hati sang pendengar,perasaan lain muncul di kalbu,semestinya perasaan itu menjanjikan kehambaan yang tinggi pada yang Maha Mencipta..

Aku rindukan keluarga..
Merindui segala yang membangkitkan ketenangan di hatiku
Rumah nun jauh dikampung,suara2 anak2 kecil yng keriangan berkejar-kejaran,
Rindukan jua ketenangan yang bakal kulalui suatu hari nanti..
Sesungguhnyaa aku merindui itu semua...

Sesungguhnya Engkau memang sengaja Ya Allah..
mengatur hidupku begini,
kerana kutahu Kau tahu apa yang terbaik ,sesuai dalam kehidupanku,
Memang Kau sengaja..
agar aku kembali padaMu..
Sesungguhnya ketenangan abadi hadir bila NamaMu,kalimah mengagungkanMu segar dibibirku..waktu itu..
tatkala saat dini hariku bersujud padaMu
Air mataku menjadi saksi ,ketenangan abadi sukar dicari,
sungguh mahal harganya,
salurkanlah aku Ya Allah ke jalan yang mengundang ketenangan
kerana hanya Kau yang tahu..
Bicara hatiku ini...
Selengkapnya...

Sunday, August 16, 2009

Hari Konvokesyenku...

Alhamdulillah,semalam,tanggal 15 Ogos 2009,tibalah masanya aku menerima penganugerahan ijazah pertamaku,ijazah sarjana muda sains(Bioinformatik).
Terima kasih Ya Allah..keranaMu,aku tabah dalam dugaan dan cabaran menimba ilmu.

Terharu bila teringat ibuku yang berusaha berjalan walaupun gerak langkahnya perlahan2, cuba sedaya upaya menghayun kakinya di hari pengijazahanku di Dewan Tunku Canselor,Universiti Malaya walaupun gerak langkahnya tidak sepenuhnya normal.Terima kasih ibuku..aku cukup terharu...terima kasih juga buat semua ahli keluargaku yang lain.kasih dan sayangku pada kalian terlalu mendalam,sukar kugambarkan dengan sesuatu benda


Kawan2 seperjuangan..
sesungguhnya kalian ibarat lilin,
pembakar semangatku di kala aku lemah dalam perjuangan menimba ilmu
tanpa kalian,sukar untukku menggarap kejayaan,
sukar untukku memegang segulung ijazah kala ini,
dan semestinya sukar juga untukku menjadi tegal dalam menghadapi sebarg dugaan
dan cabaran tanpa kehadiran kalian semua..
sesungguhnya kejayaanku ,kejayaan kalian jua dan begitulah sebaliknya,
inilah Ukhwah fillah..
walau tiada di mata kini,tapi ia hadir bila dirindui,
kerana ianya kekal di dasar HATI..


Selengkapnya...

Friday, August 7, 2009

Ingat arwah ayah..



Rindu kat Arwah ayah..
terutamanya tatkala kumelihat cerita hindi,
arwah ayahku dahulunya sangat suka cerita hindi,terutamanya cerita lama,
ingat lagi kata2nya dahulu"Ayah suka Mat Rafi".Arwah ayahku memang meminati lagu2 hindi lama yang dinyanyikan oleh Mat Rafi.

Kesukaan arwah ayahku lama2 diwarisi aku sendiri walaupun secara perlahan2.Aku turut meminati cerita Hindi,cuma cerita Hindi zaman sekarang sangat berbeza dengan dahulu dari segi lagu, juga kesopanan dan cara pemakaian.Kini,cerita Hindi kebanyakannya penuh dengan aksi2 yang tidak sesuai dengan adat ketimuran negara kita.

Aku tersenyum sendiri bila melihat video di bawah ini yang dipetik dalam cerita ANDAZ.Senyumku meleret bila teringat lagu ini jugalah yang menjadi salah satu lagu kesukaan arwah ayah kerana penyanyi lelaki dewasanya adalah Mat Rafi. Sesungguhnya,aku sentiasa merinduimu,arwah ayahku.Sebagai hadiah,aku selalu panjatkan doa semoga dirimu sentiasa dalam ketenangan serta dicucuri Rahmat Ya Rabb..AMIN..



Selengkapnya...

Tuesday, August 4, 2009

Bulan kelahiranku tahun ini....

Bulan kelahiran semestinya menjadi bulan penantian buat setiap di antara kita,
ada yang menunggu bila saat2 tarikh ulang tahun kelahiran tiba,mahu menuntut apa yang patut dituntut,dikurniakan hadiah istimewa dan bermacam2 lagi.

Bagi aku bulan kelahiranku tahun ini,tahun 2009 penuh dengan seribu makna..kerana pada hari itu,aku tertanya2 adakah apa yang berlaku itu hadiah bulan kelahiranku?Kasih sayangku padaMu Ya Allah semakin menebal,kerana ku tahu, ini salah satu petanda bahawa Kau menyayangiku sekeluarga.
..........................................................................

"Kring! Kring!,Kring!",kedengaran telefon rumahku berdering
"Hello,Assalamualaikum..."aku memulakan bicara.Ku amati betul2 suara di talian
"Emah,ni aku ni,Mekje,ma da balik?"adikku,Ramaizan bertanyakan pasal ibu kami.Sudah hampir 3 minggu ibu kami berada di hospital menjaga ibu saudaraku yang menderita sakit breast cancer.Sesudah Chemoteraphynya yang ke 5(kedua terakhir),ibuku bersama ibu saudaraku dibenarkan pulang buat sementara sehingga tarikh chemoteraphynya yang terakhir akhir Julai tersebut.

"Ma tak jadi balik la Je Ahad ni,aku tepon tadi ,ma kata balik 15hb Julai ni,hari Rabu,sabarla ye...kau ada pape masalah ke?"Runsingku bila adikku,Ramaizan beriya2mahu bercakap dengan ibu kami,risau kalau2 ada apa2 masalah.

"Eh takdela,aku sebenarnye da rindu kat ma la,ok la takpela ye,bila ma da balik ,kau bagitahula aku yep"Pesan adikku,Ramaizan dengan suaranya kedengaran lemah di talian.

.............................................
15/7/09

"Assalamualaikum.."Kedengaran suara sayup2 memberi salam.Aku yang sibuk memasak di dapur terintai2 kalau2 ada orang di luar rumahku.

"Waalaikumussalam,oh..Mak Teh..ingatkan sape tadi..masuk2.."Aku mempelawa ibu saudaraku(di sebelah ibuku) masuk ke rumah.Sememangnya di waktu itu aku keseorangan di rumah selepas menghantar adik bongsuku ke sekolah,aku terus menyiapkan juadah tengahari untuk abg sulungku yang penat bekerja di bendang.Begitulah rutin harianku selepas selesai latihan industriku di USM Kubang Kerian.

"ma balik bila ye ,Mah"Tanya ibu saudaraku,Mak Teh bila menyedari aku keseorangan di rumah.

"Oh ma balik ari ni,tadi baru kol ma"aku menjawab.
Sape pegi amik?,biar Mak Teh pegi amikla ye..meh no tepon Su".Mak Teh mempelawakan dirinya untuk mengambil ibuku dan ibu saudaraku yang sakit di Hospital Besar Kota Bharu."Su" adalah panggilan kami kepada ibu saudaraku yang sakit mengidap breast cancer.Dia jugalah satu2nya adik kepada arwah ayakku yang meninggal pada 19 Mei 2006 yang lepas kerana mengidap penyakit Asma(Lelah).

"Yeah ,yeah Ma dan Su balik".Adik bongsuku melompat keriangan tatkala kereta mak teh sampai di tangga rumahku.Ibu saudaraku yang sakit diusung dan diletakkan di tempat yang khas untuk pesakit.

Aku sekeluarga menyambut gembira ibu dan ibu saudaraku pulang.Hati berbunga bila melihat wajah mereka.Senyumku terhenti tatkala melihat gerak jalan ibuku seakan2 menderita sakit paha.Sangkaanku betul,ibu jari kaki hingga ke paha ibuku bengkak bersama bintik2 merah.Saluran darahnya tersumbat dan menyebabkan darah menjadi beku,akhirnya sukar untuk ibuku berjalan secara normal.

Aku mula runsing dan berbicang sekeluarga apa yang patut dibuat.Akhirnya,satu keputusan telah kami sekeluarga putuskan.Aku yang baru shaja menamatkan latihan industri pada waktu itu perlu menjaga ibu saudaraku yang sakit di rumah,manakala kakakku pula membawa ibu kami ke klinik untuk pemeriksaan darah

......................................
16/7/09

"Mah,oh..Mah.."Kedengaran ibu saudaraku yang sakit memanggilku di dapur
Seperti biasa aku menjalankan tugas,rutin harianku,menghantar adik ke sekolah,dan bila tengahari tiba,aku perlu ke dapur untuk memasak.

"Ye2..jap ye Su,Emah datang"Aku berlari2 anak mendapatkan ibu saudaraku itu.
"Su mengantukla Mah,mengantuk pelik rasanya hari ni.."Rungut ibu saudaraku.Kedengaran suaranya agak kuat dan dalam keadaan menjerit.

"Owh..biasala,mesti kesan ubat tu,sebab tu Su mengantuk sangat kot,takpela Su tidurla ye..ada pape gtau emah,emah kat dapur nak masak untk tengahari,nanti Su makan ye".Aku cuba sedaya upaya menenangkan keadaan ibu saudaraku yang sedari tadi asyik mengatakan yang dirinya mengantuk sangat2.Aku juga naik hairan ,dirinya hari ni tak seperti hari lain,tak mengerang kesakitan seperti biasa,tapi hanya mengatakan dirinya mengantuk.Fikiranku mula memikirkan perkara yang bukan2,Astaghfirullahalazim,aku mula beristighfar.

"Su,Emah nak pegi membasuh jap ye,nak basuh baju Su yang semalam,Su tidurla dulu ye"Aku menggosok2 ubun2 kepala ibu saudaraku itu dengan tuala lembap.Risau takut2 dia demam.Usai memasak,aku mula membasuh baju ibu saudaraku yang terkena ubat di pakaiannya.Usai membasuh dan menjemur baju,aku solat dan terus menyiapkan air teh dan menyediakan makan tengahari utk abgku yg pulang ke bendang seperti biasa. Aku berbual2 sebentar bersama abg sulungku sambil menemani dia makan.

-----------------------------------------------
Jam 3.20 petang hari yang sama,Khamis,16/7/09

"Su,bangun Su,makan ubat ye"Aku mula mengejutkan ibu saudaraku.
"Ya Allah,Allahuakbar.."Aku panik bila melihat beberapa ekor semut mula menjalar dan mengerumuni mata kiri ibu saudaraku.Bertambah panik bila aku menggoyang2kan tubuhnya sekuat hati,tapi ibu saudaraku tak juga sedar.Sedari itu,aku memanggil abgku yang sedang menikmati juadah tengahari,supaya memeriksa nadi ibu saudaraku itu.

Tidak dapat kugambarkan kepanikan dan kekalutan kami berdua ketika itu.Air mataku tidak dapat kutahan dari perlahan2 mengalir di pipiku."Ya Allah".aku cuba menenangkan fikiranku.

Abangku mula memberitahu org kampung terutama jiran kami tentang apa yang berlaku.Slepas ramai yang memeriksa nadinya,ibu saudaraku sah telah kembali menemui Ya Rabb..Innalillahiwainnailaihiroji'un

...............................................

Pada hari yang sama ibuku ditahan di hospital selepas kakakku menghantarnya di klinik.Ambulan menghantarnya terus ke hospital.Ibuku terkilan,kerana kesakitan yang dialami tanpa kebenaran doktor,ibuku tidak sempat melihat jenazah sebelum dikebumikan pada Jumaat 17/7/09 selepas Solat Jumaat di masjid Ijabah ,Buloh Poh.

Aku yang secara kebetulan tiada komitmen lain,menjaga ibuku di hospital.Di sana,ibuku dimasukkan ubat pencair darah berupa Heparin atau Warfarin.Selam seminggu ibuku ditahan di hospital dan sekarang keadaan ibuku semakin stabil..Alhamdulillah..

Memikirkan rentetan apa yang berlaku pada aku sekeluarga,kurasakan inilah hadiah istimewa yang Allah Kurniakan sempena bulan kelahiranku tahun ini,walaupun perit di sudut hati ini,tapi kutahu Ya Allah,apa yang berlaku ini petanda aku diuji dan bukankah org yang diuji itu disayangiMu? Aku merenung jauh masa depanku.Terima kasih Ya Allah,keranaMu aku menjadi kuat dalam menghadapi segala mehnah tribulasi yang telah,sedang dan bakal kulalui selepas ini.

Selengkapnya...

Sunday, June 28, 2009

Belajarlah elok2 sepupuku..Zanurah..

"Alhamdulillah..da sampai dah.." Senyumku melihat anak saudaraku,Nor Ain Nabila melompat2 keriangan sebaik sahaja melihat kereta kancil kawanku tiba di tangga rumahku.

"Terima kasih Dillah,kirim salam kat mak ye".pesanku untuk kawanku,Fadilah yang sentiasa bersamaku sepanjang kami menjalani latihan industri di Malaysian Journals Of Medical Science(MJMS),HUSM,Kubang Kerian.Dialah yang selalu menghantar aku pulang,aku terhutang budi dengannya.terima kasih Fadilah.Aku tak kan lupakan jasamu..

"Mak Nik,nape balik lambat ari ni,kak ngah da lama tunggu mak nik"..rengek Ain Nabila,anak saudaraku yang baru sahaja berumur 6 tahun."Mak Nik" adalah panggilan istimewa untukku keluar dari setiap mulut kecil ana2 buahku.

"Mak Nik ada banyak keje,kak ngah...,dah2!!, jangan muncung2 cam ni,tak comel tau!" aku cuba memujuk anak buahku itu.Anak buahku yang sorang ni selalu diusik bila mulutnya digelar mulut murai.Lagaknya kadang2 betul2 mencuit hatiku dengan katanya yang keluar dari mulut mongelnya seakan2 mulut orang tua.Tersenyum aku sendiri bila teringat gelagat anak buahku itu.

"Ya Allah..penatnye hari ni..."aku melangkah lambat2 ke bilikku.Penat seharian sungguh terasa walaupun kerjaku tidaklah seberat arwah bapaku dan abangku kini yang mengambil alih kerja arwah ayahku di bendang sawah padi..Sepatutnya aku bersyukur..Alhamdulillah.Tidak baik mengeluh..bisik diriku sendiri.

........................

"Mah,kau penat?" kedengaran suara sepupuku,Zanurah di sebalik pintu bilikku.

"Eh,teakdela,masukla..aku baring2 je ni,lepaskan penat sikit,kau ade masalah ke?aku tengok muka kau tu muram semacam je,gtaula aku".Pelik benar aku melihat riak wajah sepupuku itu.

"kadang2 aku rasa takde semangatla nak sambung belajar,rasa macam takde yang take care pasal aku,kadag2 aku terfikir ibu aku yang sakit tu".Luahan rasa sepupuku terluah bersama2 air mata yang perlahan2 mengalir di pipinya.

Aku bersimpati melihat keadaan dirinya begitu."Kau tak boleh cakap begitu,kau masih ada aku,masih ada keluarga aku,da tak sampai seminggu da,kau akan ke UPSI.takkanlah kau nak sia2kan hidup kau begitu je.Aku yakin Zanurah,kau mampu buat yang terbaik,percayalah".Tegasku menasihati sepupuku,Zanurah bila melihat semangat dirinya yang kental sebelum ini perlahan2 luntur.

"Aku sedih,kadang2 ibu aku macam tak suka aku je,selalu je dia mambanding2kan aku dan kau,emah"Luah sepupuku lagi.Bunyinya pelik sehingga melibatkan nama aku.

"Apa yang dia bandingkan Zanurah,kau kena faham,ibu kau sakit sekarang,dia sangat memerlukan sokongan dan kasih sayang dari kau,anaknya termasuk lah aku sebagai anak saudaranya,kau kena paham itu." Aku berusaha menenangkan hati sepupuku itu.

"Bukan ape,emah,ibu aku tu,dia kata cara aku kasar la ,itu la ,inila,serba jadi tak kena,asyik kata kau layan dia baik,lemah lembut,selau sebut ok,ok dengan dia,aku sedih emah" Ya Allah,terdetik di fikiranku bagaimana pilu dan sedih bila ibu sendiri membandingkan anaknya dengan org lain,sedangkan anak dialah yang sentiasa menjaganya sementara waktu pulang dari matrikulasi dan menunggu saat2 ke menara gading.Ya Allah berikanlah kesabaran kepada sepupuku,Zanurah.

"Erm,aku rasa ibu kau ok je,biasalah dia kan sakit sekarang,dia perlu layanan yang elok,walaupun breast cancernya semakin sembuh,kakinya pulak yang sakit,aku rasa dia ok,cuma kau perlu layan dia elok2 sikit je,jangan selalu tinggi suara dengan dia ye" nasihatku bila melihat air matanya terus mengalir.Aku cuba menteteramkan hatinya.

"Da,jangan fikir2 yang bukan2 ye,ibu kau ok tu,kau jangan bimbang,kami sekeluarga akan menjaga ibu kau dengan elok2,kau jangan bimbang ye" pesanku lagi

............................

Tika Zanurah,sepupuku dalam perjalanan ke UPSI, untuk mendaftar diri pada 29/6/09
Ketika aku sibuk menyiapkan tugasanku di rumah

"Ya Allah,banyaknya data kene keep-in ni".Keluh aku sambil mengelip2kan mata yang keletihan seharian di depan laptop.

"Mah,Mah" Kedengaran suara Ibu saudaraku(ibu kepada Zanurah) memanggilku.

"Ye Mak Su,jap emah datang"Berlari aku ke biliknya.

"Tolong Mak su buangkan pampers ni,mak su da tak selesa ni,pastu buatkan maksu air ye,air indocafee tambah susu sikit je ye"pesan maksu ku lagi.

Kedengaran satu suara jahat berbisik dalam benak fikiranku"Ish,orang tua ni,menyusahkan orang je,nak buat keje tak boleh"
Astaghfirullahalazim..aku beristighfar sekerap mungkin.Aku lempar jauh bisikan jahat itu
"Emah,tak baik fikir macam tu tau,tolongla mak su kau tu,kau da janji nak jaga dia dengan elok kan,kalu tak janji pun,kita sebagai manusia,kene saling tolong menolong.,lagipun dia ibu saudara kau" Kedengaran satu suara bisikan tak putus2 menasihati di benak fikiranku.Alhamdulllah.Bisikan jahat itu berjaya juga kulawan.

Astagrfirullahalazim..aku beristighfar lagi supaya bisikan jahat itu jauh di benak fikiranku.Kini aku lebih selesa menjaga ibu saudaraku di rumah tanpa suara2 jahat menghasut fikiranku lagi.Aku bersama ibu dan adik beradikku yang lain berusaha menjaga ibu saudaraku dan memberinya layanan yang terbaik.

Aku bersyukur,kini aku mampu memegang janji sepupuku,Zanurah yang kini baru sahaja menjejak ke menara gading dalam mengejar usaha dan cita2nya mahu menjadi seorang guru.

"Zanurah,kau belajarlah elok2 ye,jangan lupa ibu kau di sini,kami akan menjaga dia dengan sebaik mungkin,dan aku yakin kau mampu buat yang terbaik,Zanurah,ingat pesananku ini,jangan kau lupa jasa ibumu,jangan kau lupa Allah,perbanyakkanlah zikir supaya hatimu sentiasa tenang,perbanyakkanlah selawat,sedekah dan tambahkanlah ilmu selagi dia berguna buat kita,jaga amal dan jaga akhlak,aku juga menjganya"Aku memejamkankan mata,mendoakan yang terbaik buat kami sekeluarga..

Terima kasih ya tuhan,kerana kasih sayangMU ini,kerana kupasti tiadanya kasih sayangMU pada aku sekeluarga,tidak akan terbit kasih sayang diantara kami.



Selengkapnya...

Monday, June 22, 2009

Aduhai Si Futri Esha..

"Ya Allah,lambat pulak si Nia ni..."
Mengeluh futri Esha apabila melihat jam ditangannye sudah menganjak ke jam 8.00 pagi.

Sedang Futri dalam kegelisahan menunggu sahabatnya itu,kedengaran bunyi kereta menghampirinya..Tiba2 kereta tersebut berhenti berhampiran dengannya.

"Nak Ke mana?" tanya pemandu kereta tersebut yang kelihatan segak seolah-olah mahu ke tempat kerja.

Futri yang kelihatan terpinga-pinga setelah melihat tiada sesiapa pun selain dirinya di situ menjawab, "Tunggu kawan ni.." Jawab Futri lambat2..

Ya Allah apakah perasaan ini...Futri terasa bertambah gelisah tiba2.melihat lelaki segak yang menyapanya seakan2 ada isyarat sesuatu atau petanda sesuatu di sebaliknya .Dilempar jauh2 perasaan yang terbit itu.

....................

"Futri,aku tengok kau ni kurus sangat lah...kau ada masalah ke?".Nia menegur Futri apabila melihat fizikal asal Futri sudah tak seperti dahulu.

"Ke kau ada masalah dengan tunang kau?,tapi kan Futri, aku tengok kau ni kan, macam bukan tunang orang.. je tau?" sambung Nia lagi..

"Eh..kau ni..aku tak de pape masalah lah dengan dia,kau doa2kanlah kami kekal ye sehingga ke jinjang pelamin".Jawab Futri membetulkan sangkaan Nia.

"Aku sebenarnye takutla Nia.."Keluh Futri

"Kenapa?,bagitaula aku..",risau Nia.
"tapi kau kena janji tau perkara ni antara kita berdua je.."
"Sebenarnya sampai ke hari ni ,da nak masuk 5 orang da tanye aku,melamar aku,sedangkan aku rasa da ramai da tahu aku ni da bertunang..aku takutla Nia..Moga2 Allah jauhkan fitnah hati aku..,setiap kali aku terfikirkan benda ni,aku beristighfar banyak2,takut fitnah hati terbit dalam hati aku.." Luah Futri tentang masalah yang dihadapinya sejak kebelakangan ni.

"Erm,aku rasa la kan,kau kena cepat nikah la ,Futri,cakap elok2 dan bincag elok2 dengan tunang dan family kau sekali.."Nia cuba menenangkan fikiran Futri.

"Tu la,aku memang nak nikah awal,tapi moga2 Allah permudahkan,sebab tunang aku mahu sambung belajar lagi,nantila aku bincang2 balik dengan dia".jelas Futri lagi.

"Elok la tu,aku tahu kau tu ramai peminat dari sekolah lagi,jadi aku sebagai kawan dan sahabat baik kau,janganlah kau mudah senyum2 kat orang tau!! terutamanya laki2.Ingat pesanan aku ni".Tegas Nia menasihatiku..

"Yelah2..mana ade aku senyum2 kat dak2 laki",entahlah,mungkin ni salah satu ujian kat aku,aku terima seadanya.Yang penting kau doa2kanlah hati aku terjaga ye..hehe
sayang kau,Nia".Gembira hati Futri meluahkan segala masalah yang menghantui fikirannye sejak kebelakangan ini..

tiba2 terfikir di fikiran Futri tentang lamaran pemandu kereta yang menegurnya tempoh hari melalui ibunya.

Futri Beristighfar sendirian,"Ya Allah sekiranya sudah menjadi takdir dan jodohku dengan tunangku,kekalkanlah hubungan kami sehingga kami sah diijabkabul dan akhir hayat kami,dan sekiranya aku bukan tercipta untuknya,berikanlah aku petunjuk ya Allah..kerana hanya Kau lah tempat aku meminta pertolongan..AMIN..".Doa Futri di dalam hati

"mungkin dengan ujian ini ,Allah mahu menguji Aku dan petanda kasih sayangNYA kepada aku,walaupun amalanku sangat sedikit untuk membalas segala kurniaan dan Nikmat dariNYA". Termenung Futri sendirian.

Pengajaran dari cerita di atas:

-Berhati2lah dengan setiap kegembiraan yang dihadapi dalam hidup kerana kegembiraan
juga salah satu ujian Allah kepasa hambaNYA.

-Bersabarlah dengan setiap Ujian dari Allah.




Selengkapnya...

Wednesday, June 10, 2009

Kisah itu..

"Dari Kiri....! cepat Jalan..."
Kiri...kiri kanan kiri.."

kedengaran suara anak2 berteriak berkawad..
sungguh seronok mereka..

bila melihat keriangan anak2 muda itu,tersingkap di sebalik keriangan mereka,
sebuah kisah yang tak kan pernah aku lupakan..

"Imah!!..tadi ada orang panggil kau!..kau tak dengar ek?"

Yati,kawan baik ku semasa latihan PLKN dahulu bertanyakan aku soalan yang aku sendiri tak pernah terdetik di benak fikiranku..

"Eh..entahla..,aku tak dengar lak org panggil..,sape,yati?"
"Kau perasan tak sape dia?"

"Dillorto panggil kau.."
"puas dia panggil kau tau tadi" ,Yati menjawab

"tapi aku betul2 tak dengar la Yati.."
"Kesiannye kat dia"
"mesti dia fikir aku sombong.." mengeluhku sendiri memikirkan masalahku dengan insan bernama Dillorto(bukan nama sebenar) itu..

Dillorto ialah seorang sahabatku yg kukenali ketika kami sama2 di PLKN(Program Latihan Khidmat Negara)di Cancun Park,Pasir Mas tahun 2004 yg lepas..
kisah itu masih terngiang2 di fikiranku..walaupun sudah beberapa tahun yg lepas kami pernah bersua muka..

Maafkan aku wahai Dillorto..
bukan niatku untuk menyakiti hatimu..
bukan bermaksud aku membenci atau tidak menyukaimu..
Ya Allah..Bantulah hambaMu ini..

Di hari itu....

"Awak Rahimah ye?"
"Saya Dillorto,Da lama saya nak berkawan dengan awak"
"Boleh kita berkawan?"

Terngiang2 suara perkenalan Dillorto pada perkenalan kami sewaktu sama2 di pusat PLKN..

Bunyinya Ikhlas..terharu jugak ada orang mahu berkawan denganku..
melihat riak wajahnya,kutahu dia begitu gembira..
tetapi ku tak pasti adakah ada rancangan lain dia sebalik perkenalan itu..
sehingga tibalah suatu hari yang tak kan ku lupa kisah tersebut..

"Emah!.."
"Please...."
"Terimala saya!!"
"Saya betul2 suka kat awak!!"
"Sampai hati awak buat saya macam ni.."

Ya Allah,tubuhku yang memang sedia letih dengan aktiviti PLKN,bertambah bebannya bila suatu petang selepas aktiviti semasa PLKN,aku disekat oleh Dillorto..

Suaranya menggelatar menyuarakan perkataan2 itu..
riak wajahnye kelihatan sedih
aku tak pasti samada dia betul2 ikhlas atau ada rahsia di sebalik semua tu..

Ya Allah..kenapa ini berlaku pada ku..
Dillorto..aku mahu kita berkawan..
tak terlintas di benakku kita lebih daripada kawan..
dan Dillorto..
tahukah engkau bahawasanya..
engkau dan aku berlainan agama..
aku terlalu sayangkan agamaku..
dan ku yakin kau pun sayangkan agama kau

Dan sekiranya kau rasa cinta itu buta,
memang betul cinta itu buta..
tapi aku mahu kau tahu aku takkan sanggup meninggalkan agamaku kerana cinta..
Aku cintakan agamaku..
aku cintakan agamaku
I love my religion..Dillorto..
I love my Islam!!
i hope u understand what i mean..

Dillorto..
maafkan aku
Aku berdoa semoga Allah kurniakan Hidayah kepadamu..
semoga hidupmu sejahtera dan bahagia selalu..





Selengkapnya...

Sunday, March 29, 2009

YA ALLAH jauhilah fitnah hatiku...Pesanan darinya

Ratuku..
inginku luahkan
apa yang sudah lama ingin kuluahkan
tentang kebimbanganku ini..
tatkala melihat bunga2 berguguran
dipetik tangan2 yg ganas
lagi bernafsu serakah..

Ratuku..
kebimbanganku ini
masih menebal apabila kudengar
dengungan kumbang perosak
yg cuba menyedup madumu
walau tanpa relamu..

Ratuku..
kebimbanganku bertambah lagi
bila kumelihat bunga
yang tak segan silu
melampiaskan kecantikannya
ketika sedang mekar
melupakan kuntuman
yg sebelum ini melindunginya


Ratuku..
aku masih terpinga-pinga
masih wujudkah lagi
ratu idaman hatiku..
kerana apa yg aku lihat hari ini
semakin banyak bunga2 gugur..
bagaikan tibanya musim luruh

Ratuku..
bukanlah kuharap kau segigih Siti Hawa
yang berlari2 antara Safar dan Marwah
bukan juga sesetia Ainul Mardhiah
menanti kekasih di pintu syurga

Ratuku..
Akuilah hakikat yang tersurat..
engkau bukanlah Siti Khadijah mahupun Siti Fatimah
engkau bukanlah Aisyah
bukan juga Rabiatul Adawiyah
wanita suci terpuji..
kerana aku tidak layak
berharap sedemikian rupa
cukuplah sekadar
kaucuba mencontohi bunga2 itu..
kembang mekar mewangi
sehingga keharumannya..
melewati pintu2 syurga..
Jangan kaurisau ratuku..kadangkala musim berganti..
sehingga bunga tak dapat berkembang mekar
tapi itu ujian buatmu..

Ratuku..
esok musim bunga pasti akan tiba
dan kau akan mampu berkembang lagi..
cuma yang kuharapkan kau jagalah kelopakmu itu
jangan sampai tangan2 kasar memetikmu lagi
jangan goda kumbang2 ganas menghisap madumu..
jangan biarkan gagak2 hitam itu merosakkan serimu..
kerana..
kau Ratu idaman hatiku..

Ratuku..
aku bukanlah memandang kecantikanmu..
walaupun kadangkala aku tertarik memandangnya..
tapi..
bukan itu yg kuharapkan
Aku yakin ratuku..
masih ada sinar harapan..
yg bisa membuatkanku tersenyum mekar
kerana akan kutemui
Ratu yang benar2 Ratu..
Selengkapnya...

Saturday, March 21, 2009

Pesanan buatmu..Srikandi..



Assalammualaikum w.b..t dan salam sejahtera.

Alhamdulillah Syukur kehadrat Allah S.W..T, Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Selawat dan Salam bagi Rasulullah S.A.W, Ahli keluarga baginda dan Para Sahabatnya.


Pujian Rasulullah s.a.w:

"Dunia itu seluruhnya perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan dunia adalah wanita/isteri solehah."
"Tiada kekayaan yang diambil seorang mukmin setelah bertakwa kepada Allah yang lebih baik dari isteri solehah;iaitu taat jika diperintah, menyenangkan jika dilihat, suka berterima kasih bila diberi, dan jika suaminya pergi akan menjaga dirinya dan harta suaminya."

Pedoman Untuk Wanita.

Nasihat Umamah binti Harits kepada puterinya Ummu Iyyas bin ‘Auf ketika dipinang oleh Amr bin Hijr, Raja Kindah:

"Wahai puteriku, sekiranya memberi nasihat boleh ditinggalkan, maka aku tinggalkan untukmu. Nasihat itu merupakan peringatan bagi yang lain dan pertolongan bagi yang berakal sekalipun seorang perempuan tidak memerlukan harta suaminya kerana orang tuanya sudah kaya. Dan aku adalah orang yang paling tidak memerlukan itu semua, tetapi perempuan itu diciptakan untuk laki-laki dan sebaliknya.
Wahai puteriku, engkau keluar menghadapi suasana baru dan tempat baru yang belum pernah engkau kenal liku-likunya. Engkau juga menghadapi sahabat baru yang liku-likunya tidak engkau kenal sebelumnya. Akan tetapi, suamimu dengan kekuasaannya akan dapat menguasai dan mengawasi dirimu. Oleh kerana itu, jadilah kamu laksana seorang budak, dia pun tentu akan menjadi budak bagi dirimu dan teman kesayanganmu.


Jagalah dengan baik 10 sifat, nescaya engkau menjadi penyuluh.

Pertama dan kedua, hendaklah kamu bersifat tenang dan menerima apa adanya serta mahu mendengar dan taat.

Ketiga dan keempat, hendaklah kamu menjaga dengan baik mata dan hidungnya, agar dia tidak sampai melihat hal tidak baik pada dirimu; dan jangan sampai mencium bau tidak enak dari dirimu. Oleh karena itu, engkau harus selalu wangi.

Kelima dan keenam, jagalah baik-baik waktu tidurnya dan waktu makannya. Bila perutnya benar-benar sudah merasa lapar, ia mudah tersinggung. Dan bila tidurnya terganggu, ia akan mudah marah.

Ketujuh dan kelapan, hendaklah engkau jaga hartanya, perhatikan pelayan dan keluarganya. Seseorang dikatakan tidak menjaga hartanya dengan baik bila tidak pandai mengatur pembelanjaannya, dinamakan tidak memperhatikan pelayan dan keluarganya bila tidak pandai mengurusnya.

Kesembilan dan kesepuluh, janganlah engkau derhaka kepada perintahnya dan membuka rahsianya. Kalau engkau menyalahi perintahnya, hatinya akan menjadi panas. Dan kalau engkau buka rahsianya, engkau membuatnya tidak percaya kepadamu dan tidak merasa aman darimu. Janganlah kamu sekali-kali bergembira ria di kala dia sedang murung, dan jangan kamu murung di kala dia sedang bergembira ria.."

Malah wanita yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya boleh memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki. Cukup dengan empat syarat: menunaikan solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, taat kepada suami,dan menjaga kehormatannya.

Rasulullah bersabda,

"Bila seorang wanita solat lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, maka akan memasuki syurga dari pintu mana saja yang dikehendaki. "

Wahai wanita! Jadilah kamu isteri yang solehah.Jika kamu taat, indahlah hidup kamu dan bahagialah juga kamu di dunia dan akhirat....

Dalam penciptaan syurga-syurga dan bumi, dan pertukaran siang dan malam, terdapat tanda-tanda bagi mereka yang memahami: mereka yang mengingati Allah, berdiri, duduk, dan baring atas sisi mereka, dan mengungkap atas ciptaan syurga-syurga dan neraka: “ Tuhan kami, Engkau telah mencipta semua ini tanpa sia-sia. Maha Suci Engkau! Maka hindarkanlah kami daripada azab neraka.”

(Qur'an, 3:190-191)

Selengkapnya...

Thursday, March 19, 2009

Petahnya anak kecil ini...



Ya Allah...Inilah dia anugerahMu...
Kaulancarkan lisan anak kecil ini..
untuk mengingat-ingatkan manusia lain mengingatiMu..
Ya Allah..itulah kebesaranMu..
sesiapa sahaja..
tidak kira usia..
sekiranya itu yang Kaupilih..
segalanya tak mustahil berlaku..


Sungguh manis anak kecil itu..
mengundang damai di mata yg melihat
dengan petah dia berbicara..
sejuk telinga sesiapa mendengar..
Ya Allah..Kurniakanlah daku
zuriat seperti itu..
petah dalam berbicara tentangMu..

Ya Allah..
Berikanlah aku kekuatan
dalam mendidik zuriatku nanti..
sekiranya dia Kaujadikan ujian buatku..
Bimbinglah aku..
kerana anak itu amanahMu..
dialah jua penolongku di hari Akhirat nanti..


Selengkapnya...

Tuesday, March 17, 2009

WANITA PADA LELAKI….

Jaga-jagalah wahai kaum ibu..

Kami sulit menahan pandangan mata kami
ketika melihat kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan Allah
kecantikan dan postur yang ideal,
kami semakin susah untuk menolak agar tidak melihat kalian,
kerana itu lebarkanlah serta longgarkanlah pakaian kalian
dan tutupilah rambut hingga ke dada kalian dengan kerudung yang membentang.


Kami sulit menahan pendengaran kami
ketika berbicara dengan kalian,
apalagi jika kalian diamanahkan oleh Allah
suara yang merdu dengan irama yang mendayu
kerana itu tegaskanlah suara kalian
tatkala berbicara berhadapan dengan kami
dan berbicaralah seperlunya sahaja.


Kami juga sulit menahan
bayangan-bayangan hati kalian,
ketika kalian dapat menjadi
tempat untuk dicurahkan segala isi hati kami,
waktu luang kami kadangkala akan sering terisi
oleh bayangan-bayangan kalian,
kerana itu janganlah kalian membiarkan kami
menjadi curahan hati bagi kalian

Kami tahu kami insan lemah
bila harus berhadapan dengan kalian,
kekerasan hati kami dengan mudah bisa luluh
hanya dengan senyum kalian,
hati kami akan bergetar
ketika mendengar dan melihat kalian menangis.

Sungguh ALLAH telah memberikan amanah terindah kepada kalian,
maka jagalah amanah itu
jangan sampai ALLAH murka dan memberikan keputusan-Nya.

Maha Besar dan Maha Suci Allah yang tahu
akan kelemahan hati kami ini,
hanya dengan ikatan yang suci dan yang diredhai-NYA,
kalian akan menjadi halal bagi kami.

"LAlu apa yang telah aku lakukan selama ini..YA Rabb, ampunilah daku.
Untuk setiap pandangan yang tak terjaga,
untuk iman yang tak dipelihara,
lisan yang merayu dan hati yang tak terhijab,

Ya Rabb, Engkaulah mengawasi kami setiap detik,
kerana kasih sayangMu ya Allah kepada kami,
Engkau perintahkanlah malaikat silih berganti
menemani kami siang dan malam
agar iman kami dapat dijaga...

Selengkapnya...

Monday, March 9, 2009

Pengajaran buat semua..

Kisah ini diambil dari majalah Iskandariah Mesir "MANAR ISLAM".-

Menurut majalah tersebut, pada hari kejadian, gadis yang terpengaruh dengan cara hidup masyarakat Barat itu menaiki sebuah mikrobas/bas mini untuk menuju kedestinasi diwilayah Iskandariah. Malangnya walaupun tinggal dibumi yg terkenal dengan tradisi keislaman, pakaian gadis tersebut sangat menjolok mata. Bajunya agak nipis & seksi hampir terlihat segala yang patut disembunyikan bagi seorang perempuan dari pandangan lelaki ajnabi atau mahramnya.

Gadis itu dalam lingkungan 20thn. Didalam bas itu ada seorang tua yg Dipenuhi uban menegurnya.Wahai pemudi ….. alangkah baiknya jika kamu berpakaian yg baik, yang sesuai dgn ketimuran dan adat serta agama Islam kamu…….. "Itu lebih baik daripada kamu berpakaian begini yg pastinya menjadi mangsa pandangan liar kaum lelaki…" nasihat orang tua itu.

Namun, nasihat yang sangat bertetapan dengan tuntutan agama itu dijawab oleh gadis itu dengan jawapan sinikal/mengejek. "Siapalah kamu hai orang tua? Apakah ditangan kamu ada anak kunci syurga? Atau adakah kamu memiliki sejenis kuasa yang menentukan aku bakal berada di syurga atau neraka??? Setelah menghamburkan kata-kata yang sangat menghiris perasaan orang tua itu gadis itu tertawa mengejek panjang. Tidak cukup setakat itu, sigadis lantas cuba memberikan telefon bimbitnya kepada orang tua tadi sambil melafazkan kata kata yang lebih dahsyat.


"Ambil handphone ku ini dan hubungilah Allah serta tolong tempahkan sebuah bilik dineraka jahannam untukku," katanya lagi lantas ketawa berdekah-dekah tanpa mengetahui bahawasanya dia sedang mempertikaikan hukum Allah dengan begitu biadab.

Org tua tersebut sangat terkejut mendengar jawapan dari sigadis manis. Sayang wajahnya yg ayu tidak sama dengan perilakunya yang buruk. Penumpang-penumpang yang lain turut terdiam ada yg menggelengkan kepala kebingungan. Semua yang didalam bas tidak menghiraukan gadis yang masih muda itu yg tidak menghormati hukum hakam itu dan mereka tidak mahu menasihatinya kerana khuatir dia akan akan menghina agama dgn
lebih teruk lagi.

Sepuluh minit kemudian bas pun tiba perhentian. Gadis seksi bermulut celupar tersebut didapati tertidur dimuka pintu bas. Puas pemandu bas termasuk para penumpang yang lain mengejutkannya tapi gadis tersebut tidak sedarkan diri. Tiba tiba orang tua tadi memeriksa nadi sigadis. Sedetik kemudian dia menggelengkan kepalanya. Gadis itu telah kembali menemui Tuhannya dlm keadaan yang tak disangka. Para penumpang menjadi cemas dgn berita yang menggemparkan itu.

Dalam suasana kelam kabut itu , tiba tiba tubuh gadis itu terjatuh kepinggir jalan. Orang ramai segera berkejar untuk menyelamatkan jenazah tersebut. Tapi sekali lagi mereka terkejut. Sesuatu yang aneh menimpa jenazah yang terbujur kaku dijalan raya. Mayatnya menjadi hitam seolah olah dibakar api. Dua tiga org yg cuba mengangkat mayat tersebut juga kehairanan kerana tangan mereka terasa panas dan hampir melecur sebaik saja menyentuh tubuh si mayat.

Akhirnya mereka memanggil pihak keselamatan menguruskan mayat itu. Begitulah kisah ngeri lagi menyayat hati yang menimpa gadis malang tersebut. Apakah hasratnya menempah sebuah bilik dineraka dimakbulkan Allah? Nauzubillah. ….. Sesungguhnya Allah itu Maha Berkuasa diatas segala sesuatu. Sangat baik kita jadikan ikhtibar dan pelajaran dengan kisah benar ini sebagai muslim sejati. Jangan sekali sekali kita mempertikaikan hukum Allah dan mahupun sunnah RasulNya s. a. w. dengan mempersendakan atau ejekkan.

Kata kata seperti ajaran islam tidak sesuai lagi dgn arus kemodenan dunia hari ini atau sembahyang tak akan buat kita jadi kaya dan seumpamanya adalah kata kata yg sangat biadab dan menghina Allah, pencipta seluruh alam. Ingat-ingat lah teman, kita boleh melupakan kematian…. . tetapi kematian tetap akan terjadi bagi kita…… hanya masanya saja yang akan menentukan bila kita akan kembali ke alam barzakh. Jangan lah menjadi orang yang bodoh… siapakah orang yang bodoh itu ? Mereka-mereka itulah orang-orang yang ingin melawan Tuhan Rabbul alamin. Apabila anda enggan melaksanakan suruhan Tuhan bererti anda ingin melawan arahan Tuhan. Sewaktu di sekolah anda tertakluk dengan undang-undang sekolah….. . dalam pekerjaan anda tertakluk dengan undang yang di lakar oleh majikan anda….. di dalam negeri anda tertakluk di bawah undang negara anda. Begitu taksub sekali anda terhadap undang-undang itu hingga terlalu prihatin takut-takut melanggar undang-undang itu. Apabila anda berpijak di bumi ini…… anda juga tertakluk dengan undang-undang yang telah di gubal oleh yang menjadikan bumi ini…. setiap Sultan ada taman larangannya. …… begitu juga Allah s.w.t……. taman larangan-Nya adalah perkara-perkara yang telah di haramkan bagi hamba-hamba- Nya di muka bumi ini…..

Sama samalah kita memohon agar Allah sentiasa memberi kita petunjuk diatas jalan yang benar dan kekuatan agar sentiasa dapat menjaga lidah kita. Wassalam

~Na'uzubillahiminzalik… wahai diriku dan semua marilah sama-sama kita bermuhasabah diri. Itulah balasan dari ALLAH akibat keceluparan mulut si remaja ini? Bagaimanakah dengan budak-budak remaja zaman sekarang..rasanya tidak boleh di tegur, mereka bebas lakukan apa saja. Tak payah nak cakap, banyaknya. Di dunia lagi Allah sudah memberi balasan apatah lagi di akhirat nanti???~
Sama-samalah kita perbanyakkan istighfar dan bermuhasabah..
Selengkapnya...

Saturday, March 7, 2009

Kisah Ibu Mithali contoh...

PENERIMA ketiga berjalan perlahan-lahan turun dari pentas. Di lehernya, telah terkalung pingat "Ibu Mithali". Tangan kanannya menggenggam erat satu sampul dan segulung sijil. Tangan kirinya pula memegang beberapa hadiah iringan. Anaknya setia melangkah di sisi.

"Sekarang ...," suara pengacara majlis bergema kembali, "Tibalah kita kepada penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir. Penerima ini agak lain daripada yang lain dan sungguh istimewa. Untuk itu, dipersilakan Puan Afifah Rashid naik ke pentas bersama- sama Cik Nurul Humairah, untuk tampil memperkenalkan ibunya. Dipersilakan. "

Mataku tercari-cari pasangan ibu dan anak yang bakal mengambil tempat itu. Di barisan penonton paling hadapan, aku dapati seorang anak gadis berkulit hitam manis dan bertubuh tinggi lampai, sedang berusaha memujuk seorang wanita dalam lingkungan usia 60-an untuk bangun.

Aneh, kenapa ibu yang seorang ini nampaknya begitu keberatan untuk naik ke pentas? Kenapa dia tidak seperti tiga orang penerima sebelumnya, yang kelihatan begitu bangga menapak naik ke pentas, sebaik sahaja mereka dijemput?

Hampir lima minit kemudian, barulah tampak si anak gadis yang memakai sepasang kebarung bertanah ungu dan berbunga merah jambu serta bertudung ungu kosong, bersusah payah memimpin ibunya naik ke pentas.


Ibu itu pun menduduki kerusi yang telah diduduki oleh tiga orang penerima sebelumnya. Anak gadis itu kemudiannya beredar ke pembesar suara. Dia beralih pandang kepada ibunya yang hanya tunduk memerhati lantai pentas.

'Pelik sungguh ibu yang seorang ini. Lagaknya bukan lagak orang yang akan menerima anugerah. Dia tak ubah seperti seorang pesalah yang sedang menanti hukuman. Duduknya serba tak kena. Sekejap beralih ke kanan, sekejap berpusing ke kiri. Tangannya menggentel-gentel baju kurung biru muda yang dipakainya.'

Dehem si anak dalam pembesar suara membuat aku sedikit tersentak.
Tumpuanku yang sekian lama terhala ke pentas, aku alihkan pada buku notaku. Aku menconteng-conteng helaian yang masih putih bersih itu untuk memastikan penku dalam keadaan yang baik. Kemudian, aku memeriksa kameraku. Filemnya masih ada. Baterinya masih dapat bertahan.

Sempat juga aku mengerling rakan-rakan wartawan dari syarikat akhbar dan majalah lain yang duduk di kiri kananku. Nampaknya, pen sudah berada dalam tangan masing-masing. Mata mereka sudah terarah kepada ibu di atas pentas dan anak yang sudah pun memulakan bicaranya dengan bismillah dan, memberi salam.

Aku tersenyum dan mengangguk kepada rakan- rakan wartawan yang duduk semeja denganku. Tetapi, senyuman dan anggukanku sudah tidak sempat mereka balas. Aku lantas mengemaskan dudukku mencari posisi yang paling selesa.

"Pertama sekali, saya ingin memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah, kerana dengan izin-Nyalah saya dan, mak berada dalam majlis yang gilang-gemilang ini. Seterusnya, saya ingin merakamkan penghargaan saya kepada pihak penganjur yang telah mempertimbangkan mak saya sebagai, salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini."


Suasana menjadi sunyi. Hadirin memberi tumpuan sepenuhnya kepada percakapan gadis itu.

"Sebetulnya, ketika saya kecil, saya memang membenci mak. Darjah kebencian itu meningkat setelah saya mendapat tahu Puan Afifah hanyalah mak angkat saya. Pada masa yang sama, saya merasakan sayalah anak yang paling malang , disisihkan oleh ibu sendiri, dan diperhambakan pula oleh mak angkat untuk membantu menjaga anak-anak kandungnya"


"Membantu menjaga anak- anak kandungnya? Mungkin, persoalan itu sedang pergi balik dalam benak tuan-tuan dan puan-puan sekarang. Persoalan itu pasti akan terjawab sebentar lagi, apakala saya mempertontonkan rakaman video yang memaparkan kehidupan anakanak kandung mak. Sebelum itu, saya harus menegaskan bahawa anak-anak yang bakal hadirin lihat nanti bukan terdiri daripada doktor, peguam, jurutera, pensyarah, ahli perniagaan, pemimpin masyarakat, dan guru, seperti mana anak ketiga-tiga "Ibu Mithali" yang baru menerima anugerah sebentar tadi."
Suara hadirin yang kehairanan mula kedengaran.

"Inilah dia abang-abang dan kakak- kakak saya!" suara hadirin semakin kedengaran. Mereka tidak dapat membendung rasa kekaguman.

"Yang mengeluarkan berbagai-bagai bunyi itu, Abang Long. Yang sedang merangkak ke sana ke mari itu, ialah Kak Ngah. Yang sedang mengesot ke ruang tamu itu, ialah Abang Alang. Yang sedang berjalan sambil berpaut pada dinding itu, ialah Kak Anjang. Yang sedang berjalan jatuh dari dapur ke dalam bilik itu, ialah Abang Andak."

"Seperti yang tuan-tuan dan puan-puan saksikan, tahap kecacatan fizikal dan mental abangabang dan, kakak-kakak saya tidak sama. Daripada yang tidak boleh bercakap dan bergerak langsung, seperti bayi yang baru lahir hinggalah kepada yang boleh berjalan jatuh dan, bercakap pelat-pelat, seperti budak berumur satu atau, dua tahun."
Hadirin yang sebentar tadi bingit suaranya kini terdiam kembali. Mereka menonton video yang sedang ditayangkan itu dengan khusyuknya.

"Untuk pengetahuan semua, abang-abang dan kakak-kakak saya, telah menjangkau usia 20-an dan, 30-an. Namun, meskipun telah dilatih dengan sungguh-sungguh, mereka masih belum pandai mengurus makan minum dan berak kencing mereka sendiri. Lihatlah betapa sukarnya mak hendak melayan makan dan, pakai mereka."
"Sewaktu saya berusia enam atau, tujuh tahun, saya sering mencemburui abang-abang, dan kakak-kakak kerana mereka, mendapat perhatian istimewa daripada mak. Saya iri hati melihat mak memandikan mereka. Saya sakit hati melihat mak menyuap mereka. Sedang saya disuruh buat semua itu sendiri."

"Mirah dah besar, kan ? Mirah dah boleh uruskan diri Mirah sendiri, kan ?" Lembut nada suara mak tiap kali dia memujuk saya. Namun, kelembutan itu telah menyemarakkan api radang saya

"Tapi, mak tak adil!" Saya kerap membentak. "Mak buat segalagalanya untuk kakak- kakak dan abang- abang. Kalau untuk Mirah, mak selalu berkira!"

"Mirah, abang-abang dan kakak-kakak Mirah tidak secerdas Mirah. Mereka cacat!" Berkali-kali mak menegaskan kepada saya. "Sebab itulah mak terpaksa membantu mereka."


"Mereka cacat apa, mak?" Saya membeliakkan mata kepada mak. "Semua anggota mereka cukup. Kaki dan tangan mereka tidak kudung. Mata mereka tidak buta. Yang betulnya, mereka malas, mak!"

"Mirah ... Mirah belum faham, sayang." Suara mak akan menjadi sayu tiap kali dia mempertahankan kakak-kakak dan abang-abang saya. Tetapi, kesayuan itu tidak pernah mengundang rasa simpati saya.

"Apabila difikirkan kembali, saya merasakan tindakan saya itu terlalu bodoh. Abang-abang dan kakak-kakak tak pernah kacau saya. Mak pun cuma sekali-sekala saja meminta bantuan saya menyuapkan mereka makan atau menukar kain lampin mereka. Itu pun saya tidak pernah ikhlas menolong.
Saya akan merungut tidak henti-henti sepanjang masa saya melakukan itu. Jika makanan yang saya suap tumpah atau jika abang-abang dan kakak-kakak terkencing atas tangan saya, ketika saya sedang menyalin kain lampin mereka, tangan saya ringan saja mencubit atau menampar mereka. Saya tahu mereka tidak pandai mengadu perbuatan jahat saya kepada mak. Ketika itu, memang saya langsung tidak punya rasa hormat kepada abang-abang dan kakak-kakak. Kepada saya, kehadiran mereka menyusahkan hidup saya."

"Hantarlah abang-abang dan kakak-kakak ke rumah kebajikan, mak." Saya pernah mengusulkan kepada mak, ketika saya berusia sepuluh tahun.
"Lepas itu, mak dan ayah boleh hidup senang-lenang macam mak dan ayah orang lain. Mirah pun takkan rasa terganggu lagi."

"Mereka anak-anak mak, Mirah. Jadi, maklah yang patut jaga mereka, bukan petugas-petugas di rumah kebajikan." Begitu reaksi mak setiap kali saya mencadangkan hal itu.

"Saya langsung tidak menghormati, apatah lagi mengagumi pendirian mak.
Mak memang sengaja menempah masalah. Mak tidak menghargai jalan keluar yang telah sedia terentang di hadapannya."

"Rasa geram dan marah saya sampai ke puncaknya, semasa saya berusia dua belas tahun. Pada hari itu, mak demam teruk hingga tidak dapat bangun. Ayah terpaksa ambil cuti untuk membawa mak ke klinik. Lalu, saya ditinggalkan untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak di rumah.
Sebelum meninggalkan rumah, biarpun dalam keadaan yang lemah, berkali-kali mak sempat berpesan kepada saya, agar jangan lupa memberi abang-abang dan kakak-kakak makan, dan menukar kain lampin mereka."
Suasana dewan terus sunyi. Hadirin masih khusyuk mendengar cerita gadis itu.

"Itulah kali pertama saya ditinggalkan bersama-sama abang-abang dan kakak-kakak, selama lebih kurang lima jam. Jangka masa itu cukup menyeksakan. Kebetulan pada hari itu, abang-abang dan kakak-kakak benar-benar mencabar kesabaran saya. Entah mengapa Abang Long enggan makan. Jenuh saya mendesaknya. Abang Alang dan Kak Ngah pula asyik mencirit saja. Letih saya menukar kain lampin mereka. Abang Andak pula, asyik main air ketika saya memandikannya. Basah lencun baju saya dibuatnya. Kak Anjang pula, asyik sepahkan nasi dan tumpahkan air.
Penat saya membersihkannya. "


"Apabila mak dan ayah pulang, saya sudah seperti kain buruk, tubuh saya lunyai. Saya sudah tidak berupaya melihat muka mak dan ayah. Saya terus melarikan diri ke rumah ibu kandung saya, yang terletak di sebelah rumah mak. Begitulah lazimnya. Apabila fikiran saya terlalu kacau, saya akan ke rumah ibu untuk mencari ketenangan."

"Ibu!" Saya menerpa masuk lalu memeluk ibu. "Kenapa ibu bagi Mirah kepada mak? Kalau ya pun ibu tidak suka Mirah, bagilah Mirah pada orang lain yang lebih menyayangi Mirah, bukan mak."

"Mirah!" Ibu merangkul saya. " Kan dah berkali-kali ibu tegaskan yang ibu bagi Mirah kepada mak bukan kerana ibu tak sayang Mirah."

"Lazimnya ibu akan membuka kembali lipatan sejarah hidupnya apabila situasi itu berlaku. Ibu ialah kakak mak. Ibu sakit teruk setelah melahirkan saya. Selama berbulan-bulan ibu terlantar di hospital, mak yang telah menjaga saya. Setelah ibu sembuh, ibu dapat lihat sendiri betapa gembiranya mak dapat menjaga seorang anak normal.

Justeru, ibu tidak sampai hati hendak memisahkan kami."

"Ibu telah berasa betapa nikmatnya menjaga tujuh orang anak yang pintar dan cerdas. Jadi, biarlah nikmat itu turut dirasakan oleh mak pula dengan menjaga Mirah. Lagipun, dengan menyerahkan Mirah kepada mak, ibu masih dapat melihat Mirah membesar di hadapan mata ibu, walaupun Mirah tinggal bersama-sama mak. Dari pemerhatian ibu, ibu rasa, mak lebih menyayangi Mirah berbanding dengan anak anaknya yang lain."

"Sayang apa? Ibu tahu tak yang rumah tu macam neraka bagi Mirah? Ibu tahu tak yang Mirah ni tak ubah seperti hamba di rumah tu?"

"Jangan besar-besarkan perkara yang kecil, Mirah. Ibu tahu sekali-sekala saja mak membebankan Mirah dengan kerja-kerja rumah dan tugas menjaga abang-abang dan kakak-kakak Mirah. Itu pun Mirah buat tidak sesungguh hati. Nasi mentahlah, lauk hanguslah, abang-abang, dan kakak-kakak kena lempanglah."

"Mak adu semua kepada ibu, Ya?" Saya masih mahu berkeras meskipun saya tahu saya bersalah.

"Mak jarang-jarang mengadu keburukan Mirah kepada ibu. Ibu sendiri yang kerap mengintai Mirah dan melihat bagaimana Mirah melaksanakan suruhan mak."

"Saya tunduk. Saya sudah tidak sanggup menentang mata ibu."

"Ibu malu, Mirah. Ibu mengharapkan kehadiran Mirah di rumah mak kau itu dapat meringankan penderitaan mak.

Tetapi, ternyata kehadiran Mirah di rumah itu menambahkan beban mak."

"Saya benar-benar rasa terpukul oleh kata-kata ibu."

"Ibu rasa, apa yang telah mak beri kepada Mirah, jauh lebih baik daripada apa yang diberi kepada anak-anaknya sendiri. Mirah dapat ke sekolah. Kakak-kakak dan abang-abang Mirah hanya duduk di rumah. Mirah dapat banyak pakaian cantik. Sedang anak-anak mak yang lain pakaiannya itu-itulah juga. Setiap kali Mirah berjaya dalam peperiksaan, mak sungguh gembira. Dia akan meminta ibu tolong menjaga abang-abang dan kakak-kakak kerana dia nak lihat Mirah terima hadiah."

"Saya tidak sanggup mendengar kata-kata ibu selanjutnya, bukan kerana saya tidak mengakui kesalahan saya, tetapi kerana saya benar-benar malu."

"Saya meninggalkan rumah ibu bukan kerana berasa tersisih daripada ibu kandung sendiri, atau berasa kecewa sebab tidak mendapat pembelaan yang diharap- harapkan. Saya meninggalkan rumah ibu dengan kesedaran baru." "Sesampainya saya ke rumah tempat saya berteduh selama ini,saya dapati mak yang belum sembuh betul sedang melayan kerenah abang-abang dan kakak-kakak dengan penuh sabar. Saya terus menghilangkan diri ke dalam bilik kerana saya dihantui oleh rasa bersalah. Di dalam bilik, saya terus resah-gelisah. "

"Mirah," panggilan lembut mak seiring dengan bunyi ketukan di pintu bilik saya. "Mirah."

"Saya cepat-cepat naik ke atas katil dan memejam mata, pura-pura tidur."

"Sejurus kemudian, terdengar bunyi pintu bilik saya dibuka. "Mirah dah tidur rupa-rupanya! Kesian. Tentu Mirah letih menjaga abang-abang dan kakak- kakak semasa mak, ke klinik siang tadi. Maafkan mak, sayang. Mak tahu Mirah masih terlalu muda untuk memikul beban seberat itu. Tapi, keadaan benar- benar terdesak pagi tadi, Mirah. Mak janji, lain kali mak tak akan kacau Mirah lagi. Mak akan meminta ibu atau orang lain menjaga abang- abang dan kakak-kakak kalau mak terpaksa tinggalkan rumah"

Sepanjang mak berkata-kata itu, tangan mak terus mengusap-usap dahi saya. Suara mak tersekat-sekat. Saya terlalu ingin membuka mata dan menatap wajah mak ketika itu.

"Mirah, mak tahu Mirah tak bahagia tinggal bersama-sama mak."

Suatu titisan air mata gugur di atas dahi saya. Kemudian, setitik lagi gugur di atas pipi saya. Selepas itu, titisan-titisan itu kian rancak gugur menimpa serata muka dan leher saya.

"Walau apa pun tanggapan Mirah kepada mak, bagi mak, Mirah adalah segala-galanya. Mirah telah menceriakan suasana dalam rumah ini. Mirah telah menyebabkan mak berasakan hidup ini kembali berharga. Mirah telah. .."

"Mak!" Saya lantas bangun lalu memeluk mak. Kemudian, tiada kata-kata yang lahir antara kami. Yang kedengaran hanyalah bunyi sedu-sedan dan esak tangis.


Peristiwa pada hari itu dan, pada malamnya telah mengubah pandangan saya terhadap mak, abang-abang dan kakak-kakak. Saya mula merenung dan menilai keringat mak. Saya mula dapat menerima keadaan kakak- kakak dan abang- abang serta belajar menghormati dan, menyayangi mereka.

Keadaan dewan menjadi begitu sunyi seperti tidak berpenghuni sejak gadis itu berbicara.

Setelah meraih kejayaan cemerlang dalam peperiksaan penilaian darjah lima , saya telah ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat menengah, di sebuah sekolah berasrama penuh. Saya telah menolak tawaran tersebut.

"Kenapa Mirah tolak tawaran itu?"

"Bukankah di sekolah berasrama penuh itu Mirah boleh belajar dengan sempurna?"

"Betul tu, Mirah. Di sana nanti Mirah tak akan berdepan dengan gangguan daripada abang-abang dan kakak-kakak! "

"Mirah tak menyesal ke, kemudian hari nanti?"

Bertubi-tubi mak dan ayah menyoal. Mata mereka tidak berkelip-kelip memandang saya.

"Mak, ayah." Saya menatap wajah kedua-dua insan itu silih berganti.
"Mirah ingin terus tinggal di rumah ini. Mirah ingin terus berdamping dengan mak, ayah, abang-abang dan kakak-kakak. "

"Tapi, boleh ke Mirah buat ulang kaji di rumah? Pelajaran di sekolah menengah itu, bukannya senang." Mak masih meragui keupayaan saya.

"Insya-Allah, mak. Mirah rasa, Mirah dapat mengekalkan prestasi Mirah semasa di sekolah menengah nanti," balas saya penuh yakin.

Mak dan ayah kehabisan kata-kata. Mulut mereka terlopong. Mata mereka terus memanah muka saya. Garis-garis kesangsian masih terpamer pada wajah mereka. Sikap mak dan ayah itu telah menguatkan azam saya untuk terus menjadi pelajar cemerlang, di samping menjadi anak dan adik yang baik.

Selama di sekolah menengah, mak sedapat mungkin cuba membebaskan saya daripada kerjakerja memasak dan mengemas rumah, serta tugas menjaga makan pakai abang-abang dan kakak-kakak kerana takut pelajaran saya terganggu. Sebaliknya saya lebih kerap menawarkan diri untuk membantu, lantaran didorong oleh rasa tanggungjawab dan timbang rasa.

Gadis yang bernama Nurul Humairah itu terus bercerita dengan penuh semangat, apabila melihatkan hadirin di dalam dewan itu mendengar ceritanya dengan penuh minat.

"Saya terpaksa juga meninggalkan rumah sewaktu saya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia . Di sana saya membuat pengkhususan dalam bidang pendidikan khas. Bidang ini sengaja saya pilih kerana saya ingin menabur bakti kepada segelintir pelajar yang kurang bernasib baik. Di samping itu, pengetahuan yang telah saya peroleh itu, dapat saya manfaatkan bersama untuk abang-abang dan kakak-kakak. "

"Kini, telah setahun lebih saya mengharung suka duka, sebagai seorang guru pendidikan khas di kampung saya sendiri. Saya harus akui,segulung ijazah yang telah saya miliki tidak seberapa nilainya, berbanding dengan mutiara-mutiara pengalaman yang telah mak kutip sepanjang hayatnya."

"Sekarang, saya lebih ikhlas dan lebih bersedia untuk menjaga abang-abang dan kakak-kakak.. Pun begitu, hati ini sering tersentuh apabila beberapa kali saya terdengar perbualan mak dan Ayah."

"Apa akan jadi kepada kelima-lima orang anak kita itu lepas kita tak ada, bang?" suara mak diamuk pilu.

Ayah akan mengeluh, kemudian berkata, "Entahlah. Takkan kita nak harapkan Mirah pula?"

"Mirah bukan anak kandung kita." Mak meningkah. "Kita tak boleh salahkan dia kalau dia abaikan abang-abang dan kakak-kakaknya. "

"Mirah nak tegaskan di sini, mak, yang Mirah akan membela nasib abang-abang dan, kakak-kakak lepas mak dan ayah tak ada. Ya, memang mereka bukan saudara kandung Mirah. Tapi, tangan yang telah membelai tubuh Mirah dan tubuh mereka adalah tangan yang sama. Tangan yang telah menyuapkan Mirah dan mereka, juga tangan yang sama. Tangan yang memandikan Mirah dan mereka, adalah tangan yang sama, tangan mak."

Kelihatan gadis yang berkebarung ungu, berbunga merah jambu itu, tunduk sambil mengesat air matanya dengan sapu tangannya. Kebanyakan hadirin, khususnya wanita turut mengesat air mata mereka.

Gadis itu menyambung bicaranya. Tiga bulan lalu, saya terbaca mengenai pencalonan anugerah "Ibu Misali" dalam akhbar. Saya terus mencalonkan mak, di luar pengetahuannya. Saya pasti, kalau mak tahu, dia tidak akan merelakannya. Saya sendiri tidak yakin yang mak akan terpilih untuk menerima anugerah ini, sebab anak- anak mak bukan terdiri daripada orang-orang yang disanjung masyarakat, seperti lazimnya anak- anak "Ibu Misali" yang lain.

"Lorong dan denai kehidupan yang orang-orang seperti mak lalui mempunyai banyak duri dan, ranjau berbanding dengan ibu-ibu lain. Betapa keimanan mak tidak tergugat biarpun berdepan dengan dugaan yang sebegini hebat. Tiada rasa kesal. Tiada rasa putus asa. Tidak ada salah-menyalahkan antara mak dan ayah."

"Maafkan Mirah sekali lagi, mak. Hingga ke saat- saat terakhir tadi, mak masih tidak menyenangi tindakan Mirah mencalonkan mak, untuk menerima anugerah ini.. Mak merasakan diri mak terlalu kerdil lebih-lebih lagi setelah mak mendengar pengisahan "Ibu Misali" pertama, kedua dan ketiga. Berkali-kali mak tegaskan yang mak menjaga anak-anak mak bukan kerana mahukan anugerah ini, tapi kerana anak-anak adalah amanah Tuhan."

"Saya ingin jelaskan di sini bahawa saya mencalonkan mak untuk anugerah ini, bukan dengan tujuan merayu simpati. Saya cuma berharap kegigihan dan ketabahan mak akan dapat direnung oleh ibu-ibu lain, terutama ibu-ibu muda yang senang-senang mendera dan mencampakkan anak mereka yang cornel, segar-bugar serta sempurna fizikal dan, mental."

"Sebagai pengakhir bicara, sekali lagi saya ingin merakam penghargaan saya kepada pihak penganjur, kerana telah mempertimbangkan mak saya sebagai salah seorang penerima anugerah "Ibu Misali" tahun ini. Semoga pemilihan mak ini akan memberi semangat baru kepada ibu-ibu lain yang senasib dengan mak."

"Sekian, wassalamualaikum warahmatullah. "

Gadis itu beredar meninggalkan pembesar suara.

Penku telah lama terbaring. Buku notaku telah lunyai dek air mataku sendiri. Bahuku dienjut-enjut oleh sedu- sedanku. Pandanganku menjadi kabur. Dalam pandangan yang kabur-kabur itu, mataku silau oleh pancaran cahaya kamera rakan semejaku. Aku segera mengangkat kameraku dan menangkap gambar secara rambang tanpa mengetahui sudut mana atau, apa sebenarnya yang telah menarik perhatian wartawan-wartanan lain.

'Bertenang. Kau di sini sebagai pemberita. Kau seharusnya berusaha mendapat skop yang baik, bukan dihanyutkan oleh perasaan kau sendiri.'
Terdengar pesanan satu suara dari dalam diriku.

Lantas, aku mengesat air mataku. Aku menyelak buku notaku mencari helaian yang masih belum disentuh oleh air mataku. Aku capai penku semula.

"Demikianlah kisah pelayaran seorang ibu di samudera kehidupan yang tidak sunyi dari ombak dan badai. Sekarang, dijemput Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa dengan diiringi oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan "Ibu Mithali" untuk menyampaikan anugerah "Ibu Mithali" serta beberapa hadiah iringan kepada Puan Afifah Rashid. Yang Berbahagia Puan Sri dipersilakan. "

Nurul Humairah membantu maknya bangun. Kemudian, dia memimpin maknya melangkah ke arah Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa. Lutut maknya menggeletar. Namun begitu kerana dia tidak berdaya menahan perasaannya dia terduduk kembali di atas kerusi.

Melihatkan itu, Yang Berbahagia Puan Sri Salwa Najwa sendiri datang mendapatkan Puan Afifah, lalu mengalungkan pingat itu. Setelah itu, beliau menyampaikan beberapa hadiah iringan. Air mata Puan Afifah berladung.

Tepukan gemuruh bergema dari segenap penjuru dewan. Sejurus kemudian, seorang demi seorang penerima anugerah "Ibu Mithali" sebelumnya, naik ke pentas bersalaman dan berpelukan dengan Puan Afifah. Bertambah lebatlah hujan air mata penerima anugerah "Ibu Mithali" yang terakhir itu.
Selengkapnya...

Sunday, March 1, 2009

Rintihan Hatiku...

Ya Allah,kusedih..
Mengenangkan hari semalam..
Mengenangkan diriku yang kalah..
Aku kalah dengan panahan syaitan..
Betapa lemahnya aku..
Walaupun kucuba mengelak
Panahan itu terkena jua..

Ku merintih..
Aku menangis..
Aku meratap..
Aku menyesal...
Ya Allah,jadikanlah air mataku gugur..
Diwaktu takut denganMu..
Agar mampu memadamkan api nerakaMu..
Jatuhnya air mataku..
Menggugurkan dosa-dosaku..


Ya Allah..
Ampunkanlah dosaku..
syaitan sering menipu dayaku
bantulah aku..
lindungilah aku..darinya..

Ya Allah..
Permudahkan segala urusanku..
kurniakanlah daku cahaya iman..
kekuatan iman..
nikmat taqwa..
Bantulah aku..
dalam menggarap keredhaanMu..
Sesungguhnya kutahu KAU sentiasa di sisiku..
Selengkapnya...

Monday, February 23, 2009

Rahsia Di sebalik bangun malam..


Setiap individu manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.Kesilapan yang kita lakukan kadang-kadang tidak terkira banyaknya,termasuklah kesilapan pada Tuhan,ibu bapa,guru dan sesama maklhluk di muka bumi Allah ini.Kesilapan yang kita lakukan khususnya pada Yang maha Esa,akan meninggalkan titik-titik noda hitam dalam hati hambaNya. Akibatnya kita kian leka dengan kemaksiatan yang dilakukan.Bagi individu yang terpilih,hatinya pasti terasa tidak tenang,kosong dan dahagakan sesuatu.Maka,mulakanlah langkah baru,muhasabahlah diri kita sebagai hambaNya.Bertaubatlah,kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita sebagai hambaNya.

Mulakannya dengan bangun di tengah malam.Di saat orang lain dibuai mimpi indah,mintalah petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T.Tunaikanlah solat taubat.Menangislah kepada Yang Maha Kuasa dan merayulah kepadanya.Berdoalah dengan penuh keikhlasan dan berazam tidak melakukan dosa yang sama lagi.Sesungguhnya Allah sentiasa membuka pintu keampunan kepada hambanya yang ikhlas berdoa


Keheningan malam itu dihiasi dengan zikrullah diiringi dengan tangisan keinsafan yang betul-betul membuai jiwa,terasa diri bersih ,suci,seolah-olah baru dilahirkan.Hati yang keresahan pasti menjadi tenang.Di dalam hadis Rasulullah S.A.W ada menyebut yang mana menerangkan tentang keutamaan solat malam iaitu:

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya;
"Solat yang paling utama selepas solat wajib iaitu qiamullail atau solat di tengah malam"
(Riwayat Muttafaqun Alaih)


Jika kita bangun di tengah malam kemudian berwudhu' untuk mengerjakan solat malam maka terhindarlah daripada gangguan syaitan yang sentiasa menggoda dan menghancurkan kehidupan kita.Ni'mat Qiamullail ini hanya dapat dirasakan oleh orang-orang yang beriman dan mengerjakan solat malam atau ibadah di keheningan malam.

Dari Abu Hurairah ra.Rasulullah S.A.W bersabda,Maksudnya;
"Syaitan mengikat pada tengkuk tiap-tiap orang di antara kamu ketika tidur dengan tiga ikatan(simpul).Setiap simpul ditiupnya dengan ucapan:"Bagimu malam yang panjang dan tidurlah dengan lena".Maka apabila ia bangun dan menyebut nama Allah,terlepaslah satu simpul,bila ia berwudhu',terlepaslah satu simpul lagi dan ketika ia mengerjakan solat,maka terlepaslah simpul yang terakhir,kemudian pada pagi hari ia semakin segar,bersemangat dan hatinya pun menjadi jernih.Jika tidak,maka di pagi hari jiwanya dilanda kebingungan dan malas untuk melakukan aktiviti"

(Riwayat Muttafaqun Alaih)


Jadi jelaslah di sini betapa besarnya ni'mat di sebalik solat malam,saya berpesan pada diri sendiri dan sahabat2 semua, marilah kita sama2 berusaha untuk bangun beribadah di keheningan malam kerana ni'mat ketenangan amat besar dirasai pada saat itu anugerah dari Illahi kepada hamba-hambaNya yang terpilih..
Selengkapnya...

Saturday, February 21, 2009

Ukhwah Fillah...

Al-Ukhwah Fi'Llah(Persaudaraan Kerana Allah) merupakan anugerah kudus yang sangat bernilai dari Allah S.W.T,sebagai suluhan Rabbaniyah dan ni'mat Illahiyah.Allah mencampak ke dalam hati-hati manusia(hamba-hambanya) yang Ikhlas,dalam hati para wali,orang-orang suci dan orang-orang yang bertaqwa dari kalangan makhlukNya.Allah berfirman dalam Surah Al-Anfal:ayat 63 yang bermaksud;

"Kalau engkau belanjakan apa yang ada di bumi semuanya pun engkau tidak dapat menyatukan antara hati-hati mereka,tetapi Allahlah yang menyatukan antara mereka."
(Al-Anfal:ayat 63)


Dalam Surah Al-Imran:ayat 103 disebutkan;

"..Dan ingatlah ni'mat Allah ke atas kamu,di mana dulunya kamu bermusuhan,maka dijinakkan antara hati-hati kamu,lalu jadilah kamu dengan ni'matnya bersaudara(berukhwah)"
(Al-Imran:ayat 103)



Ukhwah merupakan kekuatan iman di jiwa,yang membuatkan perasaan menjadi lembut,berkasih sayang,hormat-menghormati dan saling percaya mempercayai sesama setiap orang yang terikat dalam tanggungjawab aqidah islamiyah,iman dan taqwa.Itulah dia kesedaran dan semangat persaudaraan yang sebenarnya yang dilahirkan dalam jiwa mu'min,iaitu perasaan yang paling murni dengan ikhlasnya dan sama-sama melibatkan diri amalan dan pekerjaan yang bermanfaat seperti saling tolong menolong,berkorban ,berkasih sayang,memaaf dan bertenang apabila berhadapan dengan saat gentar,kesukaran dan seumpamanya.Tetapi apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang negatif,orang yang beruhkwah itu tidak melibatkan diri dengan bertindak menjauhi diri mereka daripada perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan orang ramai,atau merosakkan harta benda serta perkara yang boleh mencemarkan maruah kemuliaan manusia.

Oleh yang demikian,Ukwah Fi'Llah merupakan sifat yang berkait rapat dengan iman dan taqwa,di mana tanpa iman tiadalah ukhwah,dan sebaliknya tanpa ukhwah tiadalah iman,sama seperti"Tidak ada kasih sayang tanpa taqwa,begitulah sebaliknya,tiada taqwa tanpa hubungan kasih sayang dalam sesuatu perhubungan khususnya persahabatan.
Selengkapnya...

Sunday, February 15, 2009

Ramai anak bantu panjangkan umur?..


Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada setiap hambaNYA.Ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu kita pikul demi melahirkan ramai umat Islam yang mana Rasulullah S.A.W sendiri gembira bila melihat umatnya yang ramai(rujuk dalm sebuah hadis).


Bercakap berkenaan dengan anak,saya ada terbaca satu berita,tapi saya tidak pasti sejauh mana kesahihan berita dan fakta disebalik berita tersebut.Satu kajian dalam sebuah jurnal melaporkan bahawa jika wanita mempunyai bilangan anak yang ramai,ia akan membantu memanjangkan jangka hayat hidup mereka.Ini kerana mengikut jurnal tersebut semakin wanita meningkat usia,mereka memerlukan sokongan emosi yangf kuat daripada anak2 dan insan yang mereka sayangi.keluarga yang besar dan kaya kasih sayang akan memberikan persekitaran kehidupan yang lebih sihat..
Selengkapnya...