Tuesday, December 31, 2013

Peramah yg memudahkan..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.. & Salam sejahtera buat semua pembaca.. Alhamdulillah, sekian lama diriku tidak mengemaskini blogku ini, masa yg ada sedikit ini mahu kukhabarkan pada semua pembaca berkenaan berita gembira kelahiran cahaya mata kedua.. Tanggal 25 Oktober 2013, lahirlah seorang hamba Allah yg telah membuat perjanjian dgn Allah Azza waJalla utk tunduk patuh padaNya seperti mana janin2 yg lain.. Seperti mana hadis ke 4 Imam Nawawi menyatakan Selepas 120 hari usia janin, malaikat telah diutuskan Oleh Allah utk menetapkan 4 perkara pada janin tersebut Iaitu ditetapkan Rezekinya, amalnya, ajalnya juga samada Celaka atau bahagis janin tersebut.. Setelah perjanjian itu dibuat, berusaha diriku menjaga Janin trsebut sehinggalah saat aku mula terasa sakit Saat melahirkan..dan.. Lahirlah si dia, hamba Allah yg suci bersih, Ibarat kain putih.. Dan besar tanggungjawab kami dalam melakar 'Design' atau corak bagaimana utk kami lakarkan Utk kain putih yg kedua ini.. Si peramah yg memudahkan.. Atau si ceria peramah yg menyenangkan.. IYNAS YUSRA..itulah nama cahaya mata kedua kami.. Kini anakku dah pun mencapai usia 2 bulan 6 hari.. Moga dirimu menjadi tiket kami menuju syurga Bersama kakak sulungmu, Sumayya Tasneem Selengkapnya...