Friday, November 28, 2008

Sopan itu cantik...


Sopan itu cantik..
walau tidak terserlah
kecantikan luaran seseorang itu
tetapi dengan kesopanan,
seseorang itu nampak lebih cantik..
setuju? Selengkapnya...

Thursday, November 27, 2008

Islam Is beautiful..



Islam itu indah,cantik
Selidikilah setiap apa yang ada dalam islam
pasti kita ketemu keindahannya..
yang tak tergambar di fikiran..
agar kita termasuk orang yang berfikir..(^_^) Selengkapnya...

Telur manfaat atau mudarat?


Sering kita dengar bahawa telur ayam merupakan makanan yang tidak sihat.Sebenarnya,telur merupakan salah satu daripada sumber makanan lengkap dan mengandungi pelbagai jenis nutrien yang penting untuk tubuh badan kita.Selain itu,telur juga menjadi pilihan utama manusia sejak berabad lamanya kerana mudah disediakan.Telur boleh dimakan secara mentah atau separuh masak.Telur juga merupakan sumber protein yang terbaik kerana mengandungi kesemua 8 jenis asid amino yang diperlukan oleh manusia,mudah dicerna dan diserap oleh tubuh dan protein telur juga mampu mengubah protein daripada sumber makanan lain supaya lebih berguna kepada tubuh badan kita.Terdapat kajian yang dilakukan dan menunjukkan telur ayam bukanlah punca sebenar penyakit koronari jantung.Salah satu kajian telah dilakukan oleh Persatuan Perubatan Amerika menunjukkan bahawa tiada kaitan antara pengambilan telur dengan penyakit jantung.Mereka menjalankan kajian ke atas seorang sukarelawan yang mengambil hanya sebiji telur sehari dan sukarelawan lain yang mengambil telur melebihi sebiji sehari.Hasilnya,tiada perbezaan risiko penyakit jantung bagi kedua-dua sukarelawan tersebut.Jadi,Janganlah teragak-agak dalam pengambilan telur dalam diet pemakanan kita.... Selengkapnya...

Marahlah tapi biar bertempat......

Penyelidikan tentang psikilogi ada menyebut,memendam rasa marah hanya akan manjadikan anda lebih tertekan dan boleh menyebabkan anda diserang komplikasi penyakit lain misalnya darah tinggi,sakit jantung dan lebih teruk lagi kanser.Wah,ternyata bukan calang-calang akibatnya kalau anda menahan marah.Oleh itu,adalah lebih baik jika anda lahirkan sahaja emosi marah itu demi membantu minda anda sentiasa sihat dan terpelihara.Selain itu,ia turut melatih organ tubuh anda untuk merasa lebih sensitif sehingga mengetahui mana yang perlu diperbetulkan.Jadi,marahlah jika anada mahu marah.Tetapi pastikan anda sedar batasan dan cara yang terbaik untuk menyalurkan rasa marah itu.Jangan melulu tanpa hujung pangkal.Kelak anda pula yang dilihat kurang cerdik dan menyesal. Selengkapnya...

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH...


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agungnya cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
pendorong kesusahan dan penderitaan
tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
layaklah dia sebagai sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah..

Tabahkah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
itulah wanita Siti Hajar..

Mampukak aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah... Selengkapnya...

Sunday, November 16, 2008

Dia yang satu....tiada yang lain



Ya Allah..
Tiada tuhan melainkanMu...
Hanya Kau yang satu,tiada yang lain,


Nabi Muhammad S.A.W....
Kau Rasul seluruh umat
mulianya dirimu Ya Rasulullah
Kaulah nabi kekasih Allah
Kau jadi insan pilihan... Selengkapnya...

Thursday, October 23, 2008

Selamat Hari Lahir Ibuku sayang..........



Hari ini...
23 Oktober 2008
genaplah usia ibuku..
menjangkau ke angka 49..

Ma...
Kudengar suaramu sentiasa ceria...
walau penat lelah ma tempuhi..
walau sudah tiada sayap kanan(suami)
untuk ma bergantung
tapi percayalah...
anakmu ini sentiasa mendoakan ma..
agar ma sentiasa tabah,tenang
dalam melayar kehidupan ini..

Ma..
Jutaan terima kasih kuucapkan
Ma banyak berkorban demi anak2..
Kutahu..
betapa sukarnya mendidik anak2,
betapa sukarnya mencari nafkah keluarga,
tapi kukagum..
Tiada Sedikit keluhan pun kudengar dari mulutmu..

Ma..
Masihku ingat,
Di suatu hari..
Dalam kesakitan ma sanggup bangun
dalam mencari setitis susu getah
meredah kebun getah di awal pagi
menitis air mataku..
melihat kesungguhanmu..
Melihat senyuman masih terukir di bibirmu
walau dalam kesakitan,
walau dalam kepayahan,
dalam mencari nafkah..

Ma..
walau apapun pekerjaan Ma..
Ma tetap ibuku,
ma tetap kusayangi
dan yang paling penting..
Ma dan Arwah ayah tetap dalam Doaku..
Semoga Kesejahteraan dan redha Allah
sentiasa bersama ma..AMIN..

I LOVE U MUM.. Selengkapnya...

Saturday, October 18, 2008

Sekadar Renungan...

Sesungguhnya jika Allah mencintai seorang hamba, maka dia tenggelamkan hamba itu dalam cubaan.
Barangsiapa yang tidak pernah mengalami musibah maka ia jauh daripada kasih sayangnya dan
Sesunguhnya para nabi yang juga kekasihnya......
Semuanya mangalami cubaan sebegitu hebat. Apa lagi kita yang manusia biasa, jauh sekali kekasihnya.

Bila Allah cepatkan makbulkan do'amu, maka menyayangimu,
Bila Allah lambat makbulkan do'amu, maka Allah ingin mengujimu.
Bila Allah tidak makbulkan do'amu, maka Allah merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.
Oleh itu, sentiasa bersangka baiklah pada Allah dalam apa jua keadaanpun....
Kerana kasih sayang Allah itu mendahului kemurkaannya.
Oleh itu sayangilah akan Allah kerana kemurahannya dan takutilah Allah kerana seksanya.

God, he always listen to you. He always see you. He always know you.
Always guarding and protecting you, always managing and giving 'nikmat' to you.
Why are you not to love him. Why are you not afraid of the god who decides your fate and destiny?

Nabi bersabda: "Wahai manusia, sesungguhnya Allah telah berfirman kepada kamu agar kamu menyuruh manusia berbuat baik dan mencegah mereka dari kemungkaran.
Jika tidak Allah akan melantik pemerintah yang zalim memerintah kamu dan pemerintah itu tidak akan menghormati orang tua dan juga tidak menaruh belas kasihan pada orang muda.
Diwaktu itu do'a orang 'alimpun tidak akan diterima Allah.
Kamu meminta bantuan tetapi Allah tidak membantu kamu, kamu meminta ampun dan Allah tidak mengampunkan mu!!!!
Soalannya siapakah pemerintah yang zalim itu sekarang ini?
Berfikirlah wahai manusia......... kasihanilah dirimu sendiri............
Bertaubatlah.... berdo'alah dan tinggalkan maksiat, mengumpat, muzik yang melalaikan dan tutuplah auratmu, ikutlah ajaran Islam yang sebenar............

Fahamilah hakikat kehidupan. Ketentuan takdir adakalanya tidak tersingkir dengan sendiri.
Pengorbanan biarpun pahit kadangkala buahnya manis, lalu luka di hati usah dilayan.
Biar kita yang merasainya dan usah mengeluhkeran semuanya itu takdir Allah dan
Semua itu jika hadapi dengan tabah maka Allah akan ampunkan dosa kita kerana keikhlasan kita padanya.
Dan bila terkena sesuatu musibah katakanlah "aku amat bersyukur pada Allah atas musibah ini, jika ini cara Allah nak ampunkan dosa kita. Alangkah indahnya penderitaan ini". Selengkapnya...

Friday, October 10, 2008

Mampukah kita lari dari ujianNya...


CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper - Chicken Recipes - Funny Stuff - Computer Geeks

Sabarlah wahai diri..
Ujian yang dihadapi,
kadang2 terasa datang tak berhenti..
bertubi-tubi
Namun..
ketahuilah wahai diri
itu semua..
tanda begitu sayangnya Illahi
kepada hambanya yang berjanji..
di bumi yang nyata ini
untuk menjadi hambaNya yang sejati
Muhasabahlah wahai diri...

LA TAHZAN INNALLAHAMA'ANA...
jANGAN BERSEDIH,ALLAH SENTIASA BERSAMA KITA.. Selengkapnya...

Monday, October 6, 2008

Buat yang terbaik dalam hidupmu....


CommentEstate.com: Click Here To Get One
Naruto Wallpaper - Chicken Recipes - Funny Stuff - Computer Geeks

Biar sukar jalan hidup ini,
jerih,pedih dirasai,
dalam menempuh onak dan duri,
Buatlah yang terbaik di dunia ini,
wahai sahabat2ku yg dikasihi,
Berdoalah...berdoalah..berdoalah..
agar kecemerlangan yang dinanti,
menjadi sebuah realiti,
bukan fantasi...
kerana janji Allah itu pasti..(^_^) Selengkapnya...

Friday, September 26, 2008

Terima Kasih Ya Tuhan.....



Jauh ku termenung sendiri..
memikirkan hari2 mendatangku..
Terdetik di hati kecil ini..
Siapakah diriku..
asalku..

Ya Allah..
Bimbinglah daku ke arah cinta padaMu..
Rasa takutkan Mu...
Terima Kasih Ya Allah..
Nikmat & KurniaanMu melangit luas
jadilah aku hambaMu yang bersyukur..
Dalam mencari RedhaMu.... Selengkapnya...

Wednesday, September 24, 2008

Salam Lebaran..


Get Hari Raya Graphics Here





Salam..

Buat Sahabat Ukhwah Akhowat sekalian...
Diri yang lemah ini..
yang baru memulakan kalam
dalam penulisan blog..
mahu mengambil kesempatan
di ruangan blogku ini..
mengucapkan Salam Lebaran buat semua....
yang mengenali diri ini...
dan juga yang tidak mengenali
Sesungguhnya kita semua bersaudara...
Saudara sesama islam....(^_^)

Lebaran bakal menjelma..
Ramadhan tetap dirindui... Selengkapnya...

Tuesday, September 23, 2008

Pohon Semalu....

Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah lalu mengadu kesakitan.Fatimah mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di situ dengan nada yang sedikit marah.

Rasulullah dengan tenang berkata kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah menyambung kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4 aspek.

Pertama, pohon semalu akan kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).

Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita muslim.

Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.

Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila waktu semakin senja..Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil. Selengkapnya...

Monday, September 22, 2008

Kasihnya Allah pada Wanita..

Dengan penuh keimanan, kita tidak menafikan betapa keistimewaan yang Allah s.w.t berikan kepada wanita memang terlalu banyak. Ini menunjukkan betapa kasihnya Allah kepada kaum Hawa ini. Tidak ada satu pun agama di dunia ini yang memberikan banyak keistimewaan kepada kaum wanita selain daripada agama Islam. Islamlah agama yang mula-mula sekali mempelopori taraf keistimewaan ini kepada kaum wanita.Hakikatnya, ´betapa kasihnya Allah SWT kepada wanita.´

Itulah kata-kata yang paling mudah digunakan untuk menggambarkan ´layanan´ istimewa terhadap wanita dalam Islam. Sesungguhnya, tidak ada mana-mana ajaran, ideologi, isme atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan sebegitu baik sebagaimana Islam melayan wanitanya. Malah, kalau bergabung pun kesemua wanita yang cerdik pandai, berharta dan berkuasa di seluruh dunia ini untuk menambah hak dan pengiktirafan buat mereka, mereka pasti tidak akan mencapai taraf kemuliaan serta layanan baik yang Allah s.w.t tawarkan buat seorang wanita di dalam agama Islam.

Bagaimanapun, ramai wanita yang tidak memahami hal ini. Lantaran itu, kebanyakan mereka tertipu oleh nafsu sendiri dan merasa terkongkong dengan amalan atau larangan tertentu yang digunakan ke atas wanita Islam seperti amalan menutup aurat, larangan bergaul bebas, poligami, larangan wanita menjadi pelindung di dalam keluarga (pemimpin) dan lain-lain lagi. Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita.

Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu, mudah sahaja untuk melihat hikmah dan kebaikannya kepada kaum wanita itu sendiri.Lantas kita melihat apa yang diperjuangkan oleh pejuang-pejuang hak wanita ialah kalau boleh mereka tidak mahu sebarang sekatan dikenakan ke atas mereka. Tentulah ini tidak munasabah. Sedangkan manusia sendiri banyak membuat peraturan serta larangan itu dan ini, atas alasan hendak menjaga keselamatan diri atau masyarakat awam. Contohnya, dalam soal lalu-lintas, terlalu banyak peraturan dan larangan yang dibuat oleh manusia seperti jangan memandu melebihi had laju, tidak boleh letak kereta di garisan kuning, mesti berhenti apabila ada isyarat lampu merah, mesti hidupkan lampu selepas pukul 7.00 malam dan berbagai-bagai lagi.

Kalau dalam bidang sekecil ini pun perlu banyak peraturan dan larangan, sudah tentulah dalam bidang kehidupan lebih memerlukan banyak lagi, dan lebih-lebih lagilah kalau skopnya itu jauh lebih luas iaitu untuk keselamatan dunia dan akhirat.Allah s.w.t sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita. Segala suruhan dan larangan yang Allah s.w.t kenakan ke atas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka. Tetapi, atas hujah dan alasan apa dakwaan ini dibuat? Mari kita lihat satu persatu pengiktirafan yang diberikan oleh Allah s.w.t kepada wanita, sama ada secara langsung ataupun tidak.

GELARAN ´ISTERI´ DI DALAM AL-QURANPerkataan yang Allah s.w.t gunakan di dalam al-Quran untuk menunjukkan suami atau isteri adalah perkataan yang sama, sedangkan dalam bahasa-bahasa lain, perkataan untuk suami dan perkataan untuk isteri menggunakan dua perkataan yang berbeza. Misalnya, dalam bahasa Inggeris, perkataan untuk suami ialah ´husband´ manakala perkataan untuk isteri ialah ´wife´. Sementara dalam bahasa Perancis pula, perkataan untuk suami ialah ´mari´ manakala perkataan ´femme´ untuk isteri..Tetapi di dalam al-Quran, suami dan isteri tidak disebut dua perkataan yang berbeza ´zaujuh´ dan ´zaujat´. Hanya satu perkataan yang digunakan untuk kedua-duanya iaitu ´zaujuh´ yang bermakna ´pasangan´.

Islam melihat suami dan isteri adalah pasangan, juga pelindung buat yang lain. Mereka dilihat sebagai sepasang, bukan berasingan. Sudah tentulah ini bermakna bahawa kaum lelaki di dalam Islam tidak dianggap lebih mulia daripada kaum wanita. Apabila kita mengatakan sepasang kaca mata, sepasang stokin atau sepasang baju, tentulah kita menganggap semua itu adalah setara dan tidak dapat dipisahkan di antara satu sama lain. Dan sudah tentulah kita tidak menganggap bahawa stokin kanan lebih hebat daripada stokin kiri atau kaca mata kanan lebih baik daripada kaca mata kiri. Begitulah tamsilannya sepasang suami isteri di dalam Islam seperti yang tercatat di dalam al-Quran.Namun, gelaran ´zaujuh´ ini hanya diberikan kepada isteri yang beriman.

Bagi isteri yang tidak beriman, mereka tidak disebut ´zaujuh´. Contohnya, isteri Nabi Lut dan isteri Nabi Nuh. Di dalam al-Quran, mereka disebut ´imraah´, kerana isteri sebegini tidak dianggap pelengkap mahupun pelindung kepada suaminya.PEMBELAAN RASULULLAH TERHADAP WANITADi dalam hadis Rasulullah s.a.w banyak yang menunjukkan betapa wanita itu dimuliakan di dalam Islam. Antaranya:

1. Syurga di bawah telapak kaki ibu. Apakah wanita tidak berasa mulia dengan hadis ini? Mengapa Rasulullah s.a.w memilih perkataan ´di bawah telapak kaki´ dan bukan ´di dalam tangan´ atau ´di sisi seorang ibu´? Sudah tentu ini sangat menggambarkan mulianya seorang wanita di dalam Islam. Seorang yang faham tentu akan memandang mulia, menghormati, membela serta berlumba-lumba untuk berkhidmat dan menghambakan diri kepada ibunya (dengan syarat segala yang dibuat itu tidak melanggar syariat).
Tidakkah beruntung menjadi seorang ibu di dalam Islam? Dia tidak akan terbiar dan dipinggirkan, malah akan sentiasa dibela, dihormati dan dimuliakan oleh anak-anaknya.

2. Orang yang paling baik di antara kamu itu ialah yang paling baik kepada isi rumahnya, dan aku ini orang yang paling baik dari antara kamu kepada isi rumahku.

3. Tidak akan memuliakan perempuan-perempuan melainkan orang yang mulia, dan tidak menghina akan perempuan-perempuan melainkan orang yang hina. (Hadis riwayat Ibnu ´Asakir)

4. Bergaullah kamu dengan isteri-isteri kamu dengan cara yang sopan. Kemudian apabila kamu tidak menyukai mereka, (maka bersabarlah) kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah menjadikan padanya kebaikan yang banyak.

5. Janganlah seorang mukmin lelaki membenci kepada seorang (isterinya) yang mukminah, kerana walaupun ada satu perangainya yang lelaki itu tidak suka, tetapi (tentu) ada lain perangainya yang disukai. (Hadis riwayat Ahmad dan Muslim)Demikianlah hak-hak istimewa seorang wanita yang diberi oleh Islam. Dalam suatu masyarakat yang bertakwa, kaum wanita tidak perlu bimbang bahawa mereka akan diperleceh, dipermain atau diperkotak-katikkan oleh kaum lelaki, sebaliknya mereka dapat meyakini bahawa pihak lelaki akan sentiasa melindungi, menasihati, menegur dan membimbing mereka dengan ikhlas.

BAHAGIAN TUBUH WANITA YANG DIANUGERAHKAN NAMA YANG MULIADalam tubuh wanita, ada satu bahagian yang diberi nama yang begitu mulia iaitu rahim. Perkataan ini diambil daripada nama Allah s.w.t yang bermaksud ´Maha Penyayang´. Sudah tentulah Allah s.w..t tidak akan memberikan nama yang semulia ini kepada sesuatu yang hina di sisi-Nya. Sudah tentu Allah s.w.t akan memilih sesuatu yang mulia, juga untuk dianugerahkan nama yang begitu mulia. Allah s.w.t tidak memberikan nama yang semulia ini kepada bahagian tubuh lelaki tetapi Dia memberikannya kepada bahagian tubuh wanita. Rahim inilah yang merupakan penghubung kepada makhluk.

Di dalam rahimlah, wanita menjaga ciptaan Allah s.w.t dan memberi makan kepada apa yang Allah s.w.t ciptakan.Kaum wanita sepatutnya merasa sangat malu kepada Allah s.w.t kerana memberi penghargaan yang begitu tinggi kepada mereka. Siapa dapat menafikan kepentingan rahim bagi kewujudan manusia? Anugerah rahim kepada wanita sebenarnya sudah cukup untuk membuktikan betapa mulianya wanita di sisi Allah s.w.t.DIBERI PAHALA YANG BERTERUSANWanita disebut ´kurang dari sudut agama´, tetapi ini bukan bermaksud bahawa wanita itu kurang dari sudut iman dan takwanya. Mereka cuma kurang bersolat ketika datang haid dan nifas.

Bagaimanapun, oleh kerana pada waktu-waktu lain mereka sentiasa bersolat, maka sepanjang waktu haid dan nifas itu, Allah s.w.t tetap memberikan juga pahala solat sekiranya mereka dapat bersabar dengan keadaannya yang tidak selesa itu.Bayangkan seorang wanita yang baru melahirkan anak. Sudahlah digugurkan dosa-dosanya seperti seorang bayi yang baru lahir, diberikan pula pahala solat percuma sepanjang dia dalam keadaan nifas. Dan kalau dia sabar menyusu, memelihara dan melayan karenah anaknya pula, maka makin banyaklah pahala yang Allah s.w.t sediakan untuknya.Begitu Maha Pemurahnya Allah s.w.t kepada wanita. Maha Pengasihnyanya Allah s.w.t kepada golongan yang sering dianggap lemah dan terpinggir ini! Kalaulah para wanita pejuang hak asasi itu tahu begini sekali ganjaran-ganjaran yang Allah s.w.t berikan kepada seseorang wanita mukminah, pastilah mereka akan meninggalkan perjuangan mereka. Tidak ada apa-apa lagi hak yang perlu diperjuangkan oleh seorang wanita mukminah. Apa yang Allah s.w.t tawarkan itupun sudah terlalu banyak nikmatnya. Selengkapnya...

9 Siti contoh...contohilah mereka..wahai muslimah..

1) Siti Khadijah -

Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah,setia
dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir
danmusyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di
GuaHira'.

2) Siti Fatimah-

Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpdsuaminya
Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan
kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata akutakkanmaafkan
kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.

3) Siti A'ishah -

Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan
dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliauakan
minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar -

Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah.Sanggup
ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan.
Berjuangmencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).

5) Siti Mariam -

Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah
yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oleh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi
Isa.

6) Siti Asiah -

Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd
Firaun Laknatullah.

7) Siti Aminah -

Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda
menjadiinsan mulia.

8) Siti Muti'ah-

Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya keranasetianya
kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh
suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk
tatapan suaminya sahaja.

9 ) Siti Zubaidah -

Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid.
Sanggupmembelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan
org ramaihanya niat kerana Allah s.w.t. Selengkapnya...