Friday, January 23, 2009

"Sesungguhnya ,Allah memang sengaja"


Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
menjadi penilai yang baik

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa kita hanyalah makhluk yang sentiasa
mengharapkan pertolongan Allah,

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK
DIRI KITA

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita sedar
bahawa ALLAH MAHA PEMURAH DAN PENYAYANG
kerana mengingatkan kita bahawa dia(orang yang salah)
bukanlah pilihan yang hebat untuk kita
dan kehidupan kita pada masa depan...

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita dapat
mengutip pengalaman yang tak semua orang
berpeluang untuk mengalaminya

Memang Allah sengaja menemukan kita
dengan orang yang salah supaya kita
menjadi MAHUSIA YANG HEBAT JIWANYA..

SEBAB ITULAH MEMANG ALLAH SENGAJA...
KERANA KASIH SAYANG ALLAH MELEBIHI SEGALA-GALANYA... Selengkapnya...

Thursday, January 22, 2009

INFO: khasiat jambu batu..


Air rebusan buah jambu batu yang hampir masak dikatakan mampu dijadikan penawar kepada penyakit diabetes mellitus.Caranya ialah dengan membelah sebiji buah jambu kepada empat bahagian dan rebus dengan seliter air sehingga mendidih.Minumlah air yang telah disaring sebanyak dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.Bagi mangatasi masalah sariawan,ambillah segenggam daun jambu batu,sepotong kulit batang jambu batu dan kemudian rebus dengan gelas air sehingga mendidih dan minumlah air yang telah disaring itu sebanyak dua kali sehari.untuk mengatasi masalah kencing berlebihan,bolehlah menggunakan segenggam daun jambu batu yang muda,campurkan ia dengan tiga sudu beras yang telah digoreng tanpa minyak.Rebus kedua bahan tersebut bersama dengan 2.5 gelas air sehingga mendidih hingga tinggal segelas.Saring air ini,kemudian minum setiap tiga jam sekali. Selengkapnya...

INFO: Khasiat lidah buaya..(Aloe Vera)


Jika seseorang terluka atau tercedera,keadaan ini akan menyebabkan darah mengalir tidak henti-henti,tindakan segera yang patut diambil adalah dengan menyapu lendir daun lidah buaya atau aloe vera.Lumurkan di bahagian yang terkena luka tersebut.InsyaAllah darah akan berhenti mengalir dan luka akan tertutup.Selain daripada itu,daun lidah buaya juga dapat digunakan sebagai perapi kulit serta dapat merawat parut dan jerawat.Jadi,cubalah menggunakan daun lidah buaya kerana banyak khasiat yang terkandung padanya.Ini jelas membuktikan setiap apa yang Allah ciptakan di bumi ini,ada hikmah dan khasiat disebaliknya,cuma kita perlu berusaha dan berfikir..
Selamat mencuba!! Selengkapnya...

Senyum itu Penawar....



Hadis Rasulullah S.A.W menyatakan 'Senyum itu sedekah' adakah kita boleh bilang berapa kalikah kita senyum dalam sehari? Adakah semasa bangun dari tidur kita akan senyum? Jawapan nya senyumlah kerana kita tidak akan tahu bilakah kita akan kembali tersenyum dengan ikhlas..

Dengan senyuman kita akan disayangi, dengan senyuman juga kita akan disukai, dengan senyuman juga kadang kala kita akan dimusuhi. Ini kerana tidak semua yang kita buat disukai oleh semua orang.. Sesuatu yang baik juga kadang kala bisa disalah ertikan oleh manusia yang hatinya tidak pernah ikhlas.

Jika satu hari kita terlupa untuk senyum maka ingat kan diri kita bahawa kita sudah lupa untuk bersedekah. Akan tetapi awas senyuman juga kadangkala boleh menjadi racun yang cukup berbisa kepada kita. Dengan senyuman boleh membuatkan si teruna suka akan si dara, dengan senyuman juga si dara terpesona dengan si teruna. Akan tetapi senyuman yang diberikan seorang guru kepada muridnya dan juga senyuman yang diberikan seorang murid kepada gurunya itu lah seikhlas2 senyuman yang lahir dari 2 insan yang diciptakan memerlukan antara satu sama lain..

Dalam sebuah keluarga juga peranan senyuman amat lah penting, ini kerana seorang bapa yg tidak senyum kepada anaknya maka dia bukanlah seorang bapa yang mesra dan pemurah. Setiap anak akan menjadikan bapanya idola kepada diri mereka kerana bagi mereka bapa adalah ketua keluarga yang unggul kepada anak2. Tapi jangan dilupa pada masa kini banyak bapa yang lari dari tanggung jawab mendidik dan juga membesarkan anak2. Oleh itu marilah kita semua sedar personaliti yang baik datangnye dari keluarga yang baik... .

Jadi wahai sahabat2ku yang dikasihi sekalian,mulakanlah hari kita dengan senyuman,percayalah hati kita yang sakit akan terubat apabila sebuah senyuman kita dibalas dengan senyuman yang penuh ikhlas dari insan yang hatinya luhur,suci...
Itulah senyuman,penawar hati malah semudah-mudah jalan sedekah yang boleh kita lakukan setiap hari..
amalkanlah wahai teman-temanku...tapi biarlah senyuman manis kita kena pada tempatnya agar jauh dari fitnah hati dan lain-lain..

Wallahu A'alam Selengkapnya...

Menari..? Apa hukumnya dalam Islam..


Click here to get the Code

Dr Abdul Salam Muhammad Shukri
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

ANTARA bentuk seni ialah seni tari. Hukum asalnya adalah harus. Tarian dibenarkan dalam suasana gembira bagi melahirkan perasaan riang dan menghibur hati pada waktu tertentu seperti pada hari raya, pesta perkahwinan, akikah, pulangnya seorang ahli keluarga ke kampung dan pada waktu lahirnya seorang bayi dengan syarat tidak melampaui batas syarak.

Terdapat hadis yang Rasulullah s.a.w membenarkan nyanyian, muzik dan tarian. Sebagai contoh, Rubayyi' binti Mu'awwiz 'Afra berkata, Rasulullah s.a.w datang ke rumah pada pesta pernikahannya. Lalu Nabi s.a.w duduk di atas tikar. Tidak lama kemudian beberapa orang daripada jariahnya (wanita suruhan) segera memukul rebana sambil memu ji-muji (dengan menyenandungkan) orang tuanya yang syahid di medan perang Badar. Tiba-tiba seorang daripada jariah itu berkata: “Di antara kita ini ada Nabi s.a.w yang dapat mengetahui apa yang akan terjadi pada esok hari.”

Rasulullah s.a.w segera bersabda: “Tinggalkanlah cakapan itu. Teruskanlah apa yang kamu (nyanyikan) tadi.” (Hadis Buhkari, Tirmidzi, Ibnu Majah dan lain-lain).

Bagaimanapun, perkembangan semasa dalam masyarakat Islam yang banyak menerima pengaruh negatif Barat menjadikan seni tari yang ada bercampur perkara haram.

Contoh, tarian wanita dengan lelaki yang bukan mahram, tarian wanita di khalayak ramai dan bentuk pakaian tidak menutup aurat.

Sebagai panduan, Islam melarang tarian yang mengajak orang minum arak, bergaul bebas, bermain cinta atau bunuh diri kerana putus cinta, berunsur cabul yang mengarah kepada perbuatan dosa atau membangkitkan nafsu seksual, percampuran antara lelaki dengan wanita dan di pentas-pentas terbuka yang membabitkan penari perempuan. (Untuk lebih lihat, ‘Abd-ur-Rahman Al-Baghdadi, Seni dalam Pandangan Islam: Seni Vocal, Musik dan Tari (http://www.musikdebu.com/seni/). Selengkapnya...

Wednesday, January 21, 2009

Empat perkara sebelum tidur....


Rasulullah S.A.W berpesan kepada Aisyah r.a.:"Ya Aisyah,jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu:

1.Sebelum khatam Al-Quran,
2.Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti.
3.Sebelum para muslim meredhai kamu,
4.Sebelum kau laksanakan haji dan Umrah.

"Berkata Aisyah:Ya Rasulullah..Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"Rasulullah S.A.W tersenyum dan bersabda:"sebelum engkau hendak tidur ,bacalah Al-Ikhlas tiga kali.amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran.Bacalah selawat untukku,maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak.Beristighfarlah untuk para muslimin ,maka mereka akan meredhai kamu.

" Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat".
"Ampunilah aku,Ya Allah yang Maha Besar,ibu bapaku,semua muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati"

"Dan,perbanyakkan bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah menunaikan ibadah haji dan umrah."

kalau mampu,amalkanlah sekurang-kurangnya tiga kali.Selepas itu bacalah Bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali.Seterusnya bacalah doa sebelum tidur.Adapun amalan Rasulullah S.A.W sebelum tidur,membaca surah Sajadah dan Al-Mulk sebelum tidur.Amalan membaca surah Al-Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita,tempat bersemadi sementara menunggu akhirat,suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca Ayat Kursi dan 4 Qul semoga kita dijauhi daripada gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur. Selengkapnya...

Salam harapan dan perubahan..



Tahniah dan takziah kepala semua calon-calon Pro-Mahasiswa Universiti Malaya yang telah memenangi majoriti kerusi umum(8 drpd 9 kerusi) dan 11 kerusi fakulti dalam Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa Universiti Malaya(MPMUM)sesi 2008/2009 yang telah berlangsung pada 19 January lepas..

Sesungguhnya kemenangan ini adalah anugerah dari Allah S.W.T. Diharapkan dengan bantuanNya juga ,Barisan MPMUM yang baru bagi sesi 2008/2009 ini dapat merealisasikan manifesto-manifesto mereka masing-masing demi menjaga kebajikan mahasiswa seiring dengan 4 pembawakan Pro-Mahasiswa(Pro-M)kali ini iaitu,akademik,perpaduan,kebajikan dan kepimpinan..

Syabas Pro-M!! Selengkapnya...

Friday, January 16, 2009

ibu sejati...


Sifat utama yang dibekalkan oleh Allah S.W.T kepada mana-mana ibu adalah sifat kasih sayang yang tinggi.Dengan kasih sayang inilah, seorang ibu itu benar-benar dapat menjadi ibu.Dari sifat kasih sayang ini bercambah sifat-sifat lain yang menyerlahkan lagi sifat keibuan sejati pada dirinya.Terdapat beberapa ciri-ciri ibu sejati.Di antara cirinya adalah:-

1.Kasih sayang yang menyerlah

- ibu yang sejati dalam islam akan memberi kasih sayang bukan sahaja dalam bentuk
belaian dan kemanjaan tapi juga didikan.Di samping keperluan fizikal anaknya
dipenuhi,keperluan rohani turut diisi.Kerana tingginya kasih sayang ibu
inilah,dia mengharapkan kejayaan yang berkekalan buat anaknya.Justeru,anak itu
dididik dan dibentuk peribadinya mengikut kehendak Allah,amanah yang dipinjamkan
kepada kita ,maka wajarlah kita membentuk peribadi mereka sepertimana yang
dikehendaki oleh Allah S.W.T.

2.Prihatin dan ambil berat

- Kadang-kadang anak sudah besar pun,ibu masih prihatin,ambil berat dan ambil tahu
tentang diri anaknya.Ibu saya sampai sekarang,apabila jumpa, dia akan
tanya,"Kamu sudah solat belum?",kata Hj.Mohd Hanim Mohd Tahir,pakar motivasi.

3.Halus perasaan

- Ibu yang sejati dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya dengan melihat air
muka dan tingkah laku anaknya itu.Perasaannya terhadap anaknya begitu
halus.Sedari kecil anak itu di bawah pengawasannya,dia sudah arif benar bahasa
badan anaknya itu.ibu dapat baca dari riak wajah walaupun anak-anak tidak
beritahu.

4.Suka memberi nasihat

- Sifat seorang ibu sejati,dia suka dan dan sentiasa memberi nasihat kepada
anaknya.Oleh itu,dia selalu menjadi kaunselor dan tempat rujuk anaknya.Dalam
kitab ada dinukilkan pesanan seorang ibu kepada anak perempuannya yang akan
melangsungkan perkahwinan.Sifat suka memberi nasihat ini didorong oleh keinginan
untuk melihat anaknya mendapat yang terbaik dalam hidupnya.

5.Sangat sabar dan berlapang dada

- Dari wajahnya sudah dapat dilihat dan dibaca sifat sabar dan lapang dadanya.Bukan
dia tidak pernah marah tapi dia pandai dan mampu mengawal perasaan."Mak saya
apabila anak-anaknya datang,dia layan dengan wajah dan senyuman yang amat
manis",cerita seorang teman mengenai ibunya yang berusia 70-an.Tak pernah dia
tunjuk rasa tidak puas hati,atau tidak senang atau marah,walhal bukan tidak ada
di antara kami yang pernah mengecilkan hatinya.Bagi saya,itulah ibu saya.

6.Lembut tapi tegas

- wataknya adjustable.Dimana perlu berlembut,dia akan berlembut.Dimana perlu
tegas,dia akan tegas dan tidak boleh beri muka.Namun,waktu tegas,sifat
kelembutannya masih terjaga.Dia tegas apabila melibatkan soal disiplin,peraturan
atau perintah Allah S.W.T,tapi wataknya yang lembut tidak pula bertukar keras dan
kasar.

7.Suka meraikan

- Walaupun anak-anak sudah besar dan masing-masing telah berkeluarga,seorang ibu
yang tinggi sifat keibuannya masih suka meraikan dan melayan kenginan
anaknya.Apabila anak balik bercuti misalnya,dia akan turun ke dapur menyediakan
makanan kegemaran anaknya.Jika anak-anak ramai,dia akan meraikan dan memberi
perhatian kapada setiap anaknya.Dia mahu anak-anaknya selesa dan terpenuhi
keperluannya.Kerap kali mendahulukan keperluan dan keinginan anak-anak dari
keperluan dan kenginan dirinya sendiri.Malah ke tahap dia mengorbankan kenginannya
semata-mata untuk memberi yang terbaik untuk anaknya.

8.Tidak pilih kasih

- tidak ada di kalangan anak-anak yang berasa kurang disayangi.Selain terhadap anak-
anak sendiri,sifat menyamaratakan kasih sayang ini juga dapat dilihat pada
layanannya terhadap anak orang lain."Anak orang lain dilayan sepeti anaknya
juga",ungkap seorang kawan ketika bercerita tentang seorang mak cik yang pernah
ditemuinya. Selengkapnya...