Sifat utama yang dibekalkan oleh Allah S.W.T kepada mana-mana ibu adalah sifat kasih sayang yang tinggi.Dengan kasih sayang inilah, seorang ibu itu benar-benar dapat menjadi ibu.Dari sifat kasih sayang ini bercambah sifat-sifat lain yang menyerlahkan lagi sifat keibuan sejati pada dirinya.Terdapat beberapa ciri-ciri ibu sejati.Di antara cirinya adalah:-
1.Kasih sayang yang menyerlah
- ibu yang sejati dalam islam akan memberi kasih sayang bukan sahaja dalam bentuk
belaian dan kemanjaan tapi juga didikan.Di samping keperluan fizikal anaknya
dipenuhi,keperluan rohani turut diisi.Kerana tingginya kasih sayang ibu
inilah,dia mengharapkan kejayaan yang berkekalan buat anaknya.Justeru,anak itu
dididik dan dibentuk peribadinya mengikut kehendak Allah,amanah yang dipinjamkan
kepada kita ,maka wajarlah kita membentuk peribadi mereka sepertimana yang
dikehendaki oleh Allah S.W.T.
2.Prihatin dan ambil berat
- Kadang-kadang anak sudah besar pun,ibu masih prihatin,ambil berat dan ambil tahu
tentang diri anaknya.Ibu saya sampai sekarang,apabila jumpa, dia akan
tanya,"Kamu sudah solat belum?",kata Hj.Mohd Hanim Mohd Tahir,pakar motivasi.
3.Halus perasaan
- Ibu yang sejati dapat membaca pergolakan jiwa anaknya hanya dengan melihat air
muka dan tingkah laku anaknya itu.Perasaannya terhadap anaknya begitu
halus.Sedari kecil anak itu di bawah pengawasannya,dia sudah arif benar bahasa
badan anaknya itu.ibu dapat baca dari riak wajah walaupun anak-anak tidak
beritahu.
4.Suka memberi nasihat
- Sifat seorang ibu sejati,dia suka dan dan sentiasa memberi nasihat kepada
anaknya.Oleh itu,dia selalu menjadi kaunselor dan tempat rujuk anaknya.Dalam
kitab ada dinukilkan pesanan seorang ibu kepada anak perempuannya yang akan
melangsungkan perkahwinan.Sifat suka memberi nasihat ini didorong oleh keinginan
untuk melihat anaknya mendapat yang terbaik dalam hidupnya.
5.Sangat sabar dan berlapang dada
- Dari wajahnya sudah dapat dilihat dan dibaca sifat sabar dan lapang dadanya.Bukan
dia tidak pernah marah tapi dia pandai dan mampu mengawal perasaan."Mak saya
apabila anak-anaknya datang,dia layan dengan wajah dan senyuman yang amat
manis",cerita seorang teman mengenai ibunya yang berusia 70-an.Tak pernah dia
tunjuk rasa tidak puas hati,atau tidak senang atau marah,walhal bukan tidak ada
di antara kami yang pernah mengecilkan hatinya.Bagi saya,itulah ibu saya.
6.Lembut tapi tegas
- wataknya adjustable.Dimana perlu berlembut,dia akan berlembut.Dimana perlu
tegas,dia akan tegas dan tidak boleh beri muka.Namun,waktu tegas,sifat
kelembutannya masih terjaga.Dia tegas apabila melibatkan soal disiplin,peraturan
atau perintah Allah S.W.T,tapi wataknya yang lembut tidak pula bertukar keras dan
kasar.
7.Suka meraikan
- Walaupun anak-anak sudah besar dan masing-masing telah berkeluarga,seorang ibu
yang tinggi sifat keibuannya masih suka meraikan dan melayan kenginan
anaknya.Apabila anak balik bercuti misalnya,dia akan turun ke dapur menyediakan
makanan kegemaran anaknya.Jika anak-anak ramai,dia akan meraikan dan memberi
perhatian kapada setiap anaknya.Dia mahu anak-anaknya selesa dan terpenuhi
keperluannya.Kerap kali mendahulukan keperluan dan keinginan anak-anak dari
keperluan dan kenginan dirinya sendiri.Malah ke tahap dia mengorbankan kenginannya
semata-mata untuk memberi yang terbaik untuk anaknya.
8.Tidak pilih kasih
- tidak ada di kalangan anak-anak yang berasa kurang disayangi.Selain terhadap anak-
anak sendiri,sifat menyamaratakan kasih sayang ini juga dapat dilihat pada
layanannya terhadap anak orang lain."Anak orang lain dilayan sepeti anaknya
juga",ungkap seorang kawan ketika bercerita tentang seorang mak cik yang pernah
ditemuinya.
7 Habits of Highly Effective People
3 days ago
No comments:
Post a Comment