Rasulullah S.A.W berpesan kepada Aisyah r.a.:"Ya Aisyah,jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara,iaitu:
1.Sebelum khatam Al-Quran,
2.Sebelum membuat aku memberimu syafaat untukmu di hari akhirat nanti.
3.Sebelum para muslim meredhai kamu,
4.Sebelum kau laksanakan haji dan Umrah.
"Berkata Aisyah:Ya Rasulullah..Bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika?"Rasulullah S.A.W tersenyum dan bersabda:"sebelum engkau hendak tidur ,bacalah Al-Ikhlas tiga kali.amalan ini adalah seakan-akan kau mengkhatamkan Al-Quran.Bacalah selawat untukku,maka aku akan memberi syafaat untukmu di hari akhirat kelak.Beristighfarlah untuk para muslimin ,maka mereka akan meredhai kamu.
" Astaghfirullahalazim li wali waa lidaiya wali jami il muslimina wal muslimat wal mukminina wal mukminat al ahya immin hum wal amwat".
"Ampunilah aku,Ya Allah yang Maha Besar,ibu bapaku,semua muslimin dan muslimat,mukminin dan mukminat yang masih hidup dan yang telah mati"
"Dan,perbanyakkan bertasbih,bertahmid,bertahlil,bertakbir maka seakan-akan kamu telah menunaikan ibadah haji dan umrah."
kalau mampu,amalkanlah sekurang-kurangnya tiga kali.Selepas itu bacalah Bismillahirahmanirahim sebanyak 21 kali.Seterusnya bacalah doa sebelum tidur.Adapun amalan Rasulullah S.A.W sebelum tidur,membaca surah Sajadah dan Al-Mulk sebelum tidur.Amalan membaca surah Al-Mulk sebelum tidur akan membuat kubur kita,tempat bersemadi sementara menunggu akhirat,suatu tempat yang sejahtera dan terang-benderang.Sebagai suatu perlindungan eloklah kita amalkan membaca Ayat Kursi dan 4 Qul semoga kita dijauhi daripada gangguan manusia dan jin sewaktu kita tidur.
7 Habits of Highly Effective People
3 days ago
No comments:
Post a Comment