Thursday, January 22, 2009

Menari..? Apa hukumnya dalam Islam..


Click here to get the Code

Dr Abdul Salam Muhammad Shukri
Penolong Profesor Kulliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan,
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

ANTARA bentuk seni ialah seni tari. Hukum asalnya adalah harus. Tarian dibenarkan dalam suasana gembira bagi melahirkan perasaan riang dan menghibur hati pada waktu tertentu seperti pada hari raya, pesta perkahwinan, akikah, pulangnya seorang ahli keluarga ke kampung dan pada waktu lahirnya seorang bayi dengan syarat tidak melampaui batas syarak.

Terdapat hadis yang Rasulullah s.a.w membenarkan nyanyian, muzik dan tarian. Sebagai contoh, Rubayyi' binti Mu'awwiz 'Afra berkata, Rasulullah s.a.w datang ke rumah pada pesta pernikahannya. Lalu Nabi s.a.w duduk di atas tikar. Tidak lama kemudian beberapa orang daripada jariahnya (wanita suruhan) segera memukul rebana sambil memu ji-muji (dengan menyenandungkan) orang tuanya yang syahid di medan perang Badar. Tiba-tiba seorang daripada jariah itu berkata: “Di antara kita ini ada Nabi s.a.w yang dapat mengetahui apa yang akan terjadi pada esok hari.”

Rasulullah s.a.w segera bersabda: “Tinggalkanlah cakapan itu. Teruskanlah apa yang kamu (nyanyikan) tadi.” (Hadis Buhkari, Tirmidzi, Ibnu Majah dan lain-lain).

Bagaimanapun, perkembangan semasa dalam masyarakat Islam yang banyak menerima pengaruh negatif Barat menjadikan seni tari yang ada bercampur perkara haram.

Contoh, tarian wanita dengan lelaki yang bukan mahram, tarian wanita di khalayak ramai dan bentuk pakaian tidak menutup aurat.

Sebagai panduan, Islam melarang tarian yang mengajak orang minum arak, bergaul bebas, bermain cinta atau bunuh diri kerana putus cinta, berunsur cabul yang mengarah kepada perbuatan dosa atau membangkitkan nafsu seksual, percampuran antara lelaki dengan wanita dan di pentas-pentas terbuka yang membabitkan penari perempuan. (Untuk lebih lihat, ‘Abd-ur-Rahman Al-Baghdadi, Seni dalam Pandangan Islam: Seni Vocal, Musik dan Tari (http://www.musikdebu.com/seni/).

No comments: