Thursday, September 6, 2012

Akulah Ummu Sumayya Tasneem..

Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera buat semua.. Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan utk mengupdate blog yang dah lama sunyi tanpa apa2 update berita, cerita, cerpen dan ilmu-ilmu yang boleh dijadikan manfaat kita bersama, insyaAllah.. Post saya sebelum ni belum memperkenalkan si cahaya mata saya yang kini dah besar panjang.. Sibuk menguruskan rumahtangga,anak dan pelbagai urusan lain menyebabkan saya selalu terlupa dan akhirnya tertangguh urusan mengupdate blog.. Buat semua yang mengenali saya dan yang baru mahu berkenalan, ni la cahaya mata pertama saya, Sumayya Tasneem bt Muhammad Syahrul Fitri..

Kini usianya 14 bulan 6 hari. Saat kelahirannya sngat kami teruja dan syukuri dgn nikmatNya . Dengan izin Allah, dia dilahirkan dengan selamat serta lancar pada tanggal 1 Julai 2011. Alhamdulillah, kini si puteri membesar dgn sihat dan semakin aktif.. Saat menatapinya, terasa kasih yang tak terhingga, menyesal bila saat teremosi padanya, syukur di hati buat Yang Maha Esa., dgn kehadiran si cahaya mata, penawar hati penawar duka.. Selalulah kita berdoa utk anak2 kita agar membesar dgn baik, menjadi soleh/solehah sepertimana Nabi Zakaria yang juga memohon pd Allah agar dikurniakan zuriat keturunan yg baik..InsyaAllah, dengan doa ibu/bapa, anak2 kita yang dididik dengn agama dan kasih sayang akan mengenal erti kehidupan yang sebenar dgn sempurna, jauh dari belenggu fitnah dunia dan menjadi tiket utk kita menuju syurgaNya..InsyaAllah..

No comments: