Thursday, November 27, 2008

Telur manfaat atau mudarat?


Sering kita dengar bahawa telur ayam merupakan makanan yang tidak sihat.Sebenarnya,telur merupakan salah satu daripada sumber makanan lengkap dan mengandungi pelbagai jenis nutrien yang penting untuk tubuh badan kita.Selain itu,telur juga menjadi pilihan utama manusia sejak berabad lamanya kerana mudah disediakan.Telur boleh dimakan secara mentah atau separuh masak.Telur juga merupakan sumber protein yang terbaik kerana mengandungi kesemua 8 jenis asid amino yang diperlukan oleh manusia,mudah dicerna dan diserap oleh tubuh dan protein telur juga mampu mengubah protein daripada sumber makanan lain supaya lebih berguna kepada tubuh badan kita.Terdapat kajian yang dilakukan dan menunjukkan telur ayam bukanlah punca sebenar penyakit koronari jantung.Salah satu kajian telah dilakukan oleh Persatuan Perubatan Amerika menunjukkan bahawa tiada kaitan antara pengambilan telur dengan penyakit jantung.Mereka menjalankan kajian ke atas seorang sukarelawan yang mengambil hanya sebiji telur sehari dan sukarelawan lain yang mengambil telur melebihi sebiji sehari.Hasilnya,tiada perbezaan risiko penyakit jantung bagi kedua-dua sukarelawan tersebut.Jadi,Janganlah teragak-agak dalam pengambilan telur dalam diet pemakanan kita....

No comments: