Friday, November 28, 2008

Sopan itu cantik...


Sopan itu cantik..
walau tidak terserlah
kecantikan luaran seseorang itu
tetapi dengan kesopanan,
seseorang itu nampak lebih cantik..
setuju? Selengkapnya...

Thursday, November 27, 2008

Islam Is beautiful..



Islam itu indah,cantik
Selidikilah setiap apa yang ada dalam islam
pasti kita ketemu keindahannya..
yang tak tergambar di fikiran..
agar kita termasuk orang yang berfikir..(^_^) Selengkapnya...

Telur manfaat atau mudarat?


Sering kita dengar bahawa telur ayam merupakan makanan yang tidak sihat.Sebenarnya,telur merupakan salah satu daripada sumber makanan lengkap dan mengandungi pelbagai jenis nutrien yang penting untuk tubuh badan kita.Selain itu,telur juga menjadi pilihan utama manusia sejak berabad lamanya kerana mudah disediakan.Telur boleh dimakan secara mentah atau separuh masak.Telur juga merupakan sumber protein yang terbaik kerana mengandungi kesemua 8 jenis asid amino yang diperlukan oleh manusia,mudah dicerna dan diserap oleh tubuh dan protein telur juga mampu mengubah protein daripada sumber makanan lain supaya lebih berguna kepada tubuh badan kita.Terdapat kajian yang dilakukan dan menunjukkan telur ayam bukanlah punca sebenar penyakit koronari jantung.Salah satu kajian telah dilakukan oleh Persatuan Perubatan Amerika menunjukkan bahawa tiada kaitan antara pengambilan telur dengan penyakit jantung.Mereka menjalankan kajian ke atas seorang sukarelawan yang mengambil hanya sebiji telur sehari dan sukarelawan lain yang mengambil telur melebihi sebiji sehari.Hasilnya,tiada perbezaan risiko penyakit jantung bagi kedua-dua sukarelawan tersebut.Jadi,Janganlah teragak-agak dalam pengambilan telur dalam diet pemakanan kita.... Selengkapnya...

Marahlah tapi biar bertempat......

Penyelidikan tentang psikilogi ada menyebut,memendam rasa marah hanya akan manjadikan anda lebih tertekan dan boleh menyebabkan anda diserang komplikasi penyakit lain misalnya darah tinggi,sakit jantung dan lebih teruk lagi kanser.Wah,ternyata bukan calang-calang akibatnya kalau anda menahan marah.Oleh itu,adalah lebih baik jika anda lahirkan sahaja emosi marah itu demi membantu minda anda sentiasa sihat dan terpelihara.Selain itu,ia turut melatih organ tubuh anda untuk merasa lebih sensitif sehingga mengetahui mana yang perlu diperbetulkan.Jadi,marahlah jika anada mahu marah.Tetapi pastikan anda sedar batasan dan cara yang terbaik untuk menyalurkan rasa marah itu.Jangan melulu tanpa hujung pangkal.Kelak anda pula yang dilihat kurang cerdik dan menyesal. Selengkapnya...

LEMBARAN HIDUP WANITA SOLEHAH...


Mampukah aku menjadi seperti Siti Khadijah?
Agungnya cintanya kepada Allah dan Rasulullah
Hartanya diperjuangkan ke jalan fisabilillah
Penawar hati kekasih Allah

Dapatkah kudidik jiwa seperti Siti Aishah?
Isteri Rasulullah yang bijak
pendorong kesusahan dan penderitaan
tiada sukar untuk dilaksanakan...

Mengalir air mataku
melihat pengorbanan puteri solehah Siti Fatimah
Akur dalam setiap perintah
Taat dengan abuyanya yang sentiasa berjuang
Tiada memiliki harta dunia
layaklah dia sebagai sebagai wanita penghulu syurga...

Ketika aku marah
inginku intip serpihan sabar
Dari catatan hidup Siti Sarah..

Tabahkah jiwaku
Setabah umi Nabi Ismail
Mengendong bayinya yang masih merah
mencari air penghilang dahaga
Di terik padang pasir merak
Ditinggalkan suami akur tanpa bantah
Pengharapannya hanya pada Allah
itulah wanita Siti Hajar..

Mampukak aku menjadi wanita solehah?
Mati dalam keunggulan iman
Bersinar indah,harum tersebar
Bagai wanginya pusara Masyitah... Selengkapnya...

Sunday, November 16, 2008

Dia yang satu....tiada yang lain



Ya Allah..
Tiada tuhan melainkanMu...
Hanya Kau yang satu,tiada yang lain,


Nabi Muhammad S.A.W....
Kau Rasul seluruh umat
mulianya dirimu Ya Rasulullah
Kaulah nabi kekasih Allah
Kau jadi insan pilihan... Selengkapnya...