Thursday, May 26, 2011

Coretan hidupku..

Assalamualaikum semua..

Da lama diriku tak mengupdate blog, saje2 tadi singgah di blog2 rakan, terimbau kembali zaman muda2 dulu(sekrg da tua sikit,huhu)..Rajin mereka mengupdate blog..

Rindu saat mula2 mengenal aktiviti berblogging..tak putus2 update blog. seronok dirasai bila ada lakaran atau coretan tentang diri jua kehidupan tertulis di laman blog sendiri, bila dibaca kembali apa yang tercoret, pasti senyuman terukir di bibir tanda merindui saat itu..


Dulu..
Aku sangat aktif berblog ...waktu bila??? masa tu sebelum kahwin, dan selalu takde masalah dengan internet, boleh update masa kat Uni dan tempat keje..

Kini..
Aku sudah pun bersuami..mungkin transisi sebelum kahwin dan selepas kahwin itu menyebabkan banyak benda praktikal yang aku pelajari utk menjadi seorang isteri..bukan senang nak jadi isteri solehah, tapi tak muustahil kan?? Ayuh isteri2 sekalian, berusahalah utk merebut syurga Allah dengan menjadi isteri yang solehah..



Dan terkini..
Aku sudah hamil, Aku terlalu mensyukuri nikmatMu ya Rabbi..walau diriku bukan bunting pelamin, tetapi rezeki Allah tu ada di mana2, Dia lebih tahu dan Maha Memberi Rezeki buat setiap hambaNya..

Dan Ketika Ini..
Aku sedang hamil 34 minggu, plus minus 2-6 minggu je lagi utk aku bergelar ibu, dan suamiku bergelar bapa, InsyaAllah..,bercerita pasal perasaan, memang kami sgt2 teruja menanti cahaya mata pertama, tapi berdebar pun ada..huhu..Hanya kepadaNya aku berserah, mohon segalanya dipermudahkan..AMIN.. kwn2 dan sahbt2 semua turut doa2kan kami ye..=)

Azan Asar dah pun berkumandang tadi, setakat ni dulu coretan hidupku buat masa ni, InsyaAllah ada masa, ada ruang, akan kukembali bagi menyambung coretan ini..
Wassalam..=)


Selengkapnya...

Saturday, February 26, 2011

Persoalan itu ada jawapannya...

Kehidupan ini tak selalunya Indah tetapi dalam menghadapi pelbagai rona kehidupan,hidup mesti diteruskan. Jangan mengeluh saat diri ditimpa malang, bersabarlah kerana buah sabar itu manis rasanya..

Jangan merasa diri hina,tak disayangi kerana setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya..

Kuteringat kata-kata salah seorang sahabatku

" Ingatlah!, tiada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kehidupan.Maka tegarkanlah dirimu menghadapi CubaanNya.."

Banyak persoalan yang timbul saat-saat diri diuji. Ketahuilah semua itu ada jawapannya yang tertulis dalam Al-Quran..

Kenapa aku diuji?

Jawapan:

[ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan " Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?. Dan sungguh,kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti Mengetahui orang2 yang benar dan Mengetahui orang2 yang dusta ]
Al-Ankabut(29:2-3)


Kenapa aku tak dapat apa yang aku mahu?

Jawapan:

[ Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui ]
Al-Baqarah(2: 216)


Kenapa ujian seberat ini?

Jawapan:

[ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat(siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.(Mereka berdoa), " Ya Tuhan kami,janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami,janganlah engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami,Ya Tuhan kami,janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya.Maafkan kami,ampunkanlah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami,maka tolonglah kami menghadapi orang2 kafir]
Al-Baqarah ( 2: 286)

Rasa kecewa? Bagaimana harus menghadapinya??

Jawapan:

[ Wahai Orang2 yang beriman! ,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga(di perbatasan negerimu)dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung]
Al-Imran (3: 200)

Sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik buat HambaNya..sentiasalah bersangka baik denganNya..Kasih sayang Allah melebihi segalanya..











Selengkapnya...

Sunday, January 9, 2011

Panduan Cara Menadah Tangan Dan Berdoa Dengan Betul

Doa adalah senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.

Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Yang Maha Esa.



Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT sebenarnya, termasuk 99 nama Allah.

Menurut Ustaz Abdullah Mahmud ;

Kalau perhatikan betul-betul, kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan.

“Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi huruf ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak kan di hati kita. Kedudukan titik ‘ba’ lebih rendah dari tangan yang kita tadah.”

Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran, Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Malaikat yang menjaga huruf ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail‘.

Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.”

Berikut ini adalah kaedah atau cara menadah tangan dan berdoa dengan betul ;



1. Angkat tangan ke paras dada
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan mengenai satu sama lain
3. Apabila tapak tangan dirapatkan, urat atau garisan di tapak tangan akan bertemu dan menjadi melengkung berbentuk seperti huruf ‘ba’
4. Titik bagi huruf ‘ba’ tu letakkan di hati. Kedudukan titik itu lebih rendah dari tangan yang kita tadah.
5. Duduklah dalam keadaan yang penuh sopan. Cara duduk yang terbaik ialah duduk iftirash (duduk seperti duduk antara 2 sujud) atau duduk seperti dalam tahiyyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-
betul. Jangan bersandar seperti orang malas!
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain, bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya, jika berdoa mohon dipermurahkan rezeki,
sebutlah nama Allah (ar-Rozzaq).
7. Doa diakhiri dengan puji-pujian pada Allah dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
8. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh dari hati kita. Gunalah bahasa yang mudah difahami kerana Allah Maha Pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus dari hambaNya. Walau dalam
bahasa apa kita cakap, Allah pasti faham. Namun, kalau dapat berdoa dengan doa-doa yang diajarkan oleh Nabi SAW (dalam bahasa Arab), itulah yang terbaik.
9. Ajarkanlah adab berdoa ini kepada seluruh ahli keluarga anda sejak dari usia kecil. InsyaAllah ini akan dapat membentuk peribadi baik anak-anak menjadi menjalani kehidupan.


Sumber : Daripada Ustaz Abdullah Mahmud



Selengkapnya...