Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh..
& Salam sejahtera buat semua pembaca..
Alhamdulillah, sekian lama diriku tidak mengemaskini
blogku ini, masa yg ada sedikit ini mahu kukhabarkan
pada semua pembaca berkenaan berita gembira kelahiran
cahaya mata kedua..
Tanggal 25 Oktober 2013, lahirlah seorang hamba Allah
yg telah membuat perjanjian dgn Allah Azza waJalla
utk tunduk patuh padaNya seperti mana janin2 yg lain..
Seperti mana hadis ke 4 Imam Nawawi menyatakan
Selepas 120 hari usia janin, malaikat telah diutuskan
Oleh Allah utk menetapkan 4 perkara pada janin tersebut
Iaitu ditetapkan Rezekinya, amalnya, ajalnya juga samada
Celaka atau bahagis janin tersebut..
Setelah perjanjian itu dibuat, berusaha diriku menjaga
Janin trsebut sehinggalah saat aku mula terasa sakit
Saat melahirkan..dan..
Lahirlah si dia, hamba Allah yg suci bersih,
Ibarat kain putih..
Dan besar tanggungjawab kami dalam melakar
'Design' atau corak bagaimana utk kami lakarkan
Utk kain putih yg kedua ini..
Si peramah yg memudahkan..
Atau si ceria peramah yg menyenangkan..
IYNAS YUSRA..itulah nama cahaya mata kedua kami..
Kini anakku dah pun mencapai usia 2 bulan 6 hari..
Moga dirimu menjadi tiket kami menuju syurga
Bersama kakak sulungmu, Sumayya Tasneem
Selengkapnya...