Monday, February 23, 2009

Rahsia Di sebalik bangun malam..


Setiap individu manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.Kesilapan yang kita lakukan kadang-kadang tidak terkira banyaknya,termasuklah kesilapan pada Tuhan,ibu bapa,guru dan sesama maklhluk di muka bumi Allah ini.Kesilapan yang kita lakukan khususnya pada Yang maha Esa,akan meninggalkan titik-titik noda hitam dalam hati hambaNya. Akibatnya kita kian leka dengan kemaksiatan yang dilakukan.Bagi individu yang terpilih,hatinya pasti terasa tidak tenang,kosong dan dahagakan sesuatu.Maka,mulakanlah langkah baru,muhasabahlah diri kita sebagai hambaNya.Bertaubatlah,kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita sebagai hambaNya.

Mulakannya dengan bangun di tengah malam.Di saat orang lain dibuai mimpi indah,mintalah petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T.Tunaikanlah solat taubat.Menangislah kepada Yang Maha Kuasa dan merayulah kepadanya.Berdoalah dengan penuh keikhlasan dan berazam tidak melakukan dosa yang sama lagi.Sesungguhnya Allah sentiasa membuka pintu keampunan kepada hambanya yang ikhlas berdoa


Keheningan malam itu dihiasi dengan zikrullah diiringi dengan tangisan keinsafan yang betul-betul membuai jiwa,terasa diri bersih ,suci,seolah-olah baru dilahirkan.Hati yang keresahan pasti menjadi tenang.Di dalam hadis Rasulullah S.A.W ada menyebut yang mana menerangkan tentang keutamaan solat malam iaitu:

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya;
"Solat yang paling utama selepas solat wajib iaitu qiamullail atau solat di tengah malam"
(Riwayat Muttafaqun Alaih)


Jika kita bangun di tengah malam kemudian berwudhu' untuk mengerjakan solat malam maka terhindarlah daripada gangguan syaitan yang sentiasa menggoda dan menghancurkan kehidupan kita.Ni'mat Qiamullail ini hanya dapat dirasakan oleh orang-orang yang beriman dan mengerjakan solat malam atau ibadah di keheningan malam.

Dari Abu Hurairah ra.Rasulullah S.A.W bersabda,Maksudnya;
"Syaitan mengikat pada tengkuk tiap-tiap orang di antara kamu ketika tidur dengan tiga ikatan(simpul).Setiap simpul ditiupnya dengan ucapan:"Bagimu malam yang panjang dan tidurlah dengan lena".Maka apabila ia bangun dan menyebut nama Allah,terlepaslah satu simpul,bila ia berwudhu',terlepaslah satu simpul lagi dan ketika ia mengerjakan solat,maka terlepaslah simpul yang terakhir,kemudian pada pagi hari ia semakin segar,bersemangat dan hatinya pun menjadi jernih.Jika tidak,maka di pagi hari jiwanya dilanda kebingungan dan malas untuk melakukan aktiviti"

(Riwayat Muttafaqun Alaih)


Jadi jelaslah di sini betapa besarnya ni'mat di sebalik solat malam,saya berpesan pada diri sendiri dan sahabat2 semua, marilah kita sama2 berusaha untuk bangun beribadah di keheningan malam kerana ni'mat ketenangan amat besar dirasai pada saat itu anugerah dari Illahi kepada hamba-hambaNya yang terpilih..

No comments: