Monday, February 23, 2009

Rahsia Di sebalik bangun malam..


Setiap individu manusia tidak dapat lari dari melakukan kesilapan.Kesilapan yang kita lakukan kadang-kadang tidak terkira banyaknya,termasuklah kesilapan pada Tuhan,ibu bapa,guru dan sesama maklhluk di muka bumi Allah ini.Kesilapan yang kita lakukan khususnya pada Yang maha Esa,akan meninggalkan titik-titik noda hitam dalam hati hambaNya. Akibatnya kita kian leka dengan kemaksiatan yang dilakukan.Bagi individu yang terpilih,hatinya pasti terasa tidak tenang,kosong dan dahagakan sesuatu.Maka,mulakanlah langkah baru,muhasabahlah diri kita sebagai hambaNya.Bertaubatlah,kerana pintu taubat sentiasa terbuka untuk kita sebagai hambaNya.

Mulakannya dengan bangun di tengah malam.Di saat orang lain dibuai mimpi indah,mintalah petunjuk dan hidayah dari Allah S.W.T.Tunaikanlah solat taubat.Menangislah kepada Yang Maha Kuasa dan merayulah kepadanya.Berdoalah dengan penuh keikhlasan dan berazam tidak melakukan dosa yang sama lagi.Sesungguhnya Allah sentiasa membuka pintu keampunan kepada hambanya yang ikhlas berdoa


Keheningan malam itu dihiasi dengan zikrullah diiringi dengan tangisan keinsafan yang betul-betul membuai jiwa,terasa diri bersih ,suci,seolah-olah baru dilahirkan.Hati yang keresahan pasti menjadi tenang.Di dalam hadis Rasulullah S.A.W ada menyebut yang mana menerangkan tentang keutamaan solat malam iaitu:

Rasulullah S.A.W bersabda maksudnya;
"Solat yang paling utama selepas solat wajib iaitu qiamullail atau solat di tengah malam"
(Riwayat Muttafaqun Alaih)


Jika kita bangun di tengah malam kemudian berwudhu' untuk mengerjakan solat malam maka terhindarlah daripada gangguan syaitan yang sentiasa menggoda dan menghancurkan kehidupan kita.Ni'mat Qiamullail ini hanya dapat dirasakan oleh orang-orang yang beriman dan mengerjakan solat malam atau ibadah di keheningan malam.

Dari Abu Hurairah ra.Rasulullah S.A.W bersabda,Maksudnya;
"Syaitan mengikat pada tengkuk tiap-tiap orang di antara kamu ketika tidur dengan tiga ikatan(simpul).Setiap simpul ditiupnya dengan ucapan:"Bagimu malam yang panjang dan tidurlah dengan lena".Maka apabila ia bangun dan menyebut nama Allah,terlepaslah satu simpul,bila ia berwudhu',terlepaslah satu simpul lagi dan ketika ia mengerjakan solat,maka terlepaslah simpul yang terakhir,kemudian pada pagi hari ia semakin segar,bersemangat dan hatinya pun menjadi jernih.Jika tidak,maka di pagi hari jiwanya dilanda kebingungan dan malas untuk melakukan aktiviti"

(Riwayat Muttafaqun Alaih)


Jadi jelaslah di sini betapa besarnya ni'mat di sebalik solat malam,saya berpesan pada diri sendiri dan sahabat2 semua, marilah kita sama2 berusaha untuk bangun beribadah di keheningan malam kerana ni'mat ketenangan amat besar dirasai pada saat itu anugerah dari Illahi kepada hamba-hambaNya yang terpilih..
Selengkapnya...

Saturday, February 21, 2009

Ukhwah Fillah...

Al-Ukhwah Fi'Llah(Persaudaraan Kerana Allah) merupakan anugerah kudus yang sangat bernilai dari Allah S.W.T,sebagai suluhan Rabbaniyah dan ni'mat Illahiyah.Allah mencampak ke dalam hati-hati manusia(hamba-hambanya) yang Ikhlas,dalam hati para wali,orang-orang suci dan orang-orang yang bertaqwa dari kalangan makhlukNya.Allah berfirman dalam Surah Al-Anfal:ayat 63 yang bermaksud;

"Kalau engkau belanjakan apa yang ada di bumi semuanya pun engkau tidak dapat menyatukan antara hati-hati mereka,tetapi Allahlah yang menyatukan antara mereka."
(Al-Anfal:ayat 63)


Dalam Surah Al-Imran:ayat 103 disebutkan;

"..Dan ingatlah ni'mat Allah ke atas kamu,di mana dulunya kamu bermusuhan,maka dijinakkan antara hati-hati kamu,lalu jadilah kamu dengan ni'matnya bersaudara(berukhwah)"
(Al-Imran:ayat 103)



Ukhwah merupakan kekuatan iman di jiwa,yang membuatkan perasaan menjadi lembut,berkasih sayang,hormat-menghormati dan saling percaya mempercayai sesama setiap orang yang terikat dalam tanggungjawab aqidah islamiyah,iman dan taqwa.Itulah dia kesedaran dan semangat persaudaraan yang sebenarnya yang dilahirkan dalam jiwa mu'min,iaitu perasaan yang paling murni dengan ikhlasnya dan sama-sama melibatkan diri amalan dan pekerjaan yang bermanfaat seperti saling tolong menolong,berkorban ,berkasih sayang,memaaf dan bertenang apabila berhadapan dengan saat gentar,kesukaran dan seumpamanya.Tetapi apabila berhadapan dengan perkara-perkara yang negatif,orang yang beruhkwah itu tidak melibatkan diri dengan bertindak menjauhi diri mereka daripada perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan orang ramai,atau merosakkan harta benda serta perkara yang boleh mencemarkan maruah kemuliaan manusia.

Oleh yang demikian,Ukwah Fi'Llah merupakan sifat yang berkait rapat dengan iman dan taqwa,di mana tanpa iman tiadalah ukhwah,dan sebaliknya tanpa ukhwah tiadalah iman,sama seperti"Tidak ada kasih sayang tanpa taqwa,begitulah sebaliknya,tiada taqwa tanpa hubungan kasih sayang dalam sesuatu perhubungan khususnya persahabatan.
Selengkapnya...

Sunday, February 15, 2009

Ramai anak bantu panjangkan umur?..


Anak adalah anugerah Allah yang tidak ternilai kepada setiap hambaNYA.Ia merupakan satu amanah dan tanggungjawab yang perlu kita pikul demi melahirkan ramai umat Islam yang mana Rasulullah S.A.W sendiri gembira bila melihat umatnya yang ramai(rujuk dalm sebuah hadis).


Bercakap berkenaan dengan anak,saya ada terbaca satu berita,tapi saya tidak pasti sejauh mana kesahihan berita dan fakta disebalik berita tersebut.Satu kajian dalam sebuah jurnal melaporkan bahawa jika wanita mempunyai bilangan anak yang ramai,ia akan membantu memanjangkan jangka hayat hidup mereka.Ini kerana mengikut jurnal tersebut semakin wanita meningkat usia,mereka memerlukan sokongan emosi yangf kuat daripada anak2 dan insan yang mereka sayangi.keluarga yang besar dan kaya kasih sayang akan memberikan persekitaran kehidupan yang lebih sihat..
Selengkapnya...

Friday, February 13, 2009

INFO: langkah mengatasi masalah tidur dengkur

1. Tidur mengereng di atas rusuk kanan akan menjadikan jantung bebas daripada
tekanan.Oleh itu,jantung dapat berfungsi seperti biasa dengan lancar.Tidur secara
terlentang akan mengakibatkan saluranpernafasan disekat oleh pangkal
lidah.Akibatnya,saluran pernafasan akan tersekat dan akan mengeluarkan bunyi
ketika tidur.

2. Bersedialah sebelum tidur.Bebaskan diri daripada masalah kerja atau rasa
risau.Tidur dalam keadaan berwudhu' dan membaca doa adalah cara tidur yang akan
memutuskan tanggungjawab pemikiran berkenaan urusan pekerjaan dalam tidur.

3. Ubah posisi tidur jika menyedari masih berdengkur ketika tidur.Perkara ini perlu
kerana cara tidur yang pertama masih tidak dapat mengatasi masalah rentak
jantung.Mengubah posisi untuk sementara waktu akan menjadikan jantung terbebas
dari sesuatu tekanan.

4. Air bersifat pembersih.Minum air sejuk berais sebelum tidur akan membantu
membersihkan bebanan memori daripada dibawa ketika sedang tidur.Tetapi ada
sesetengah pendapat mengatakan minum air suam juga bagus sebelum tidur.Apapun,di
sini,konsepnya,minumlah air ,sebaik-baiknya selawat dan baca AL-Fatehah dsahulu
sebelum minum(bagi muslim).

5. Tidur di tempat yang betul dengan cara berbaring mengiring akan menjadikan diri
lebih bersedia ketika tidur dan bebas daripada menanggung bebanan kerisauan.

Cubalah empat langkah ini,InsyaAllah,masalah tidur berdengkur dapat diselesaikan. Selengkapnya...