Tuesday, December 31, 2013
Peramah yg memudahkan..
Thursday, September 6, 2012
Akulah Ummu Sumayya Tasneem..
Assalamualaikum wbth dan salam sejahtera buat semua.. Alhamdulillah, hari ini saya berkesempatan utk mengupdate blog yang dah lama sunyi tanpa apa2 update berita, cerita, cerpen dan ilmu-ilmu yang boleh dijadikan manfaat kita bersama, insyaAllah.. Post saya sebelum ni belum memperkenalkan si cahaya mata saya yang kini dah besar panjang.. Sibuk menguruskan rumahtangga,anak dan pelbagai urusan lain menyebabkan saya selalu terlupa dan akhirnya tertangguh urusan mengupdate blog.. Buat semua yang mengenali saya dan yang baru mahu berkenalan, ni la cahaya mata pertama saya, Sumayya Tasneem bt Muhammad Syahrul Fitri..
Kini usianya 14 bulan 6 hari. Saat kelahirannya sngat kami teruja dan syukuri dgn nikmatNya . Dengan izin Allah, dia dilahirkan dengan selamat serta lancar pada tanggal 1 Julai 2011. Alhamdulillah, kini si puteri membesar dgn sihat dan semakin aktif.. Saat menatapinya, terasa kasih yang tak terhingga, menyesal bila saat teremosi padanya, syukur di hati buat Yang Maha Esa., dgn kehadiran si cahaya mata, penawar hati penawar duka.. Selalulah kita berdoa utk anak2 kita agar membesar dgn baik, menjadi soleh/solehah sepertimana Nabi Zakaria yang juga memohon pd Allah agar dikurniakan zuriat keturunan yg baik..InsyaAllah, dengan doa ibu/bapa, anak2 kita yang dididik dengn agama dan kasih sayang akan mengenal erti kehidupan yang sebenar dgn sempurna, jauh dari belenggu fitnah dunia dan menjadi tiket utk kita menuju syurgaNya..InsyaAllah.. Selengkapnya...Thursday, May 26, 2011
Coretan hidupku..
Assalamualaikum semua..
Da lama diriku tak mengupdate blog, saje2 tadi singgah di blog2 rakan, terimbau kembali zaman muda2 dulu(sekrg da tua sikit,huhu)..Rajin mereka mengupdate blog..
Rindu saat mula2 mengenal aktiviti berblogging..tak putus2 update blog. seronok dirasai bila ada lakaran atau coretan tentang diri jua kehidupan tertulis di laman blog sendiri, bila dibaca kembali apa yang tercoret, pasti senyuman terukir di bibir tanda merindui saat itu..
Dulu..
Aku sangat aktif berblog ...waktu bila??? masa tu sebelum kahwin, dan selalu takde masalah dengan internet, boleh update masa kat Uni dan tempat keje..
Kini..
Aku sudah pun bersuami..mungkin transisi sebelum kahwin dan selepas kahwin itu menyebabkan banyak benda praktikal yang aku pelajari utk menjadi seorang isteri..bukan senang nak jadi isteri solehah, tapi tak muustahil kan?? Ayuh isteri2 sekalian, berusahalah utk merebut syurga Allah dengan menjadi isteri yang solehah..
Dan terkini..
Aku sudah hamil, Aku terlalu mensyukuri nikmatMu ya Rabbi..walau diriku bukan bunting pelamin, tetapi rezeki Allah tu ada di mana2, Dia lebih tahu dan Maha Memberi Rezeki buat setiap hambaNya..
Dan Ketika Ini..
Aku sedang hamil 34 minggu, plus minus 2-6 minggu je lagi utk aku bergelar ibu, dan suamiku bergelar bapa, InsyaAllah..,bercerita pasal perasaan, memang kami sgt2 teruja menanti cahaya mata pertama, tapi berdebar pun ada..huhu..Hanya kepadaNya aku berserah, mohon segalanya dipermudahkan..AMIN.. kwn2 dan sahbt2 semua turut doa2kan kami ye..=)
Azan Asar dah pun berkumandang tadi, setakat ni dulu coretan hidupku buat masa ni, InsyaAllah ada masa, ada ruang, akan kukembali bagi menyambung coretan ini..
Wassalam..=)
Selengkapnya...
Saturday, February 26, 2011
Persoalan itu ada jawapannya...
Kehidupan ini tak selalunya Indah tetapi dalam menghadapi pelbagai rona kehidupan,hidup mesti diteruskan. Jangan mengeluh saat diri ditimpa malang, bersabarlah kerana buah sabar itu manis rasanya..
Jangan merasa diri hina,tak disayangi kerana setiap apa yang berlaku, pasti ada hikmah disebaliknya..
Kuteringat kata-kata salah seorang sahabatku
" Ingatlah!, tiada arang batu yang menjadi intan tanpa melalui tekanan. Hidup yang melalui kesukaran dan dugaan adalah untuk menjadikan kita lebih kuat dan lebih memahami orang lain. Cuma hati yang pernah dilapah yang boleh merasa besarnya erti kehidupan.Maka tegarkanlah dirimu menghadapi CubaanNya.."
Banyak persoalan yang timbul saat-saat diri diuji. Ketahuilah semua itu ada jawapannya yang tertulis dalam Al-Quran..
Kenapa aku diuji?
Jawapan:
[ Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan " Kami telah beriman" dan mereka tidak diuji?. Dan sungguh,kami telah menguji orang-orang sebelum mereka,maka Allah pasti Mengetahui orang2 yang benar dan Mengetahui orang2 yang dusta ]
Al-Ankabut(29:2-3)
Kenapa aku tak dapat apa yang aku mahu?
Jawapan:
[ Diwajibkan atas kamu berperang,padahal itu tidak menyenangkan bagimu. Tetapi boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu,padahal itu baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu,padahal itu tidak baik bagimu.Allah mengetahui,sedang kamu tidak mengetahui ]
Al-Baqarah(2: 216)
Kenapa ujian seberat ini?
Jawapan:
[ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.Dia mendapat (pahala) dari (kebajikan) yang dikerjakannya dan dia mendapat(siksa) dari (kejahatan) yang diperbuatnya.(Mereka berdoa), " Ya Tuhan kami,janganlah engkau hukum kami jika kami lupa atau kami melakukan kesalahan. Ya Tuhan kami,janganlah engkau bebani kami dengan beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang2 sebelum kami,Ya Tuhan kami,janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak sanggup memikulnya.Maafkan kami,ampunkanlah kami dan rahmatilah kami. Engkaulah pelindung kami,maka tolonglah kami menghadapi orang2 kafir]
Al-Baqarah ( 2: 286)
Rasa kecewa? Bagaimana harus menghadapinya??
Jawapan:
[ Wahai Orang2 yang beriman! ,bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap-siaga(di perbatasan negerimu)dan bertakwalah kepada Allah agar kamu beruntung]
Al-Imran (3: 200)
Sesungguhnya Dia tahu apa yang terbaik buat HambaNya..sentiasalah bersangka baik denganNya..Kasih sayang Allah melebihi segalanya..
Selengkapnya...
Sunday, January 9, 2011
Panduan Cara Menadah Tangan Dan Berdoa Dengan Betul
Doa adalah senjata orang mukmin. Pelbagai cara orang menadah tangan ketika berdoa.
Kaedah yang baik dan tampak sopan ketika bermunajat dengan Allah SWT adalah lambang kesungguhan, lambang penuh pengharapan kita kepada Yang Maha Esa.
Pada tapak tangan kita ada banyak lambang kebesaran dan kemuliaan Allah SWT sebenarnya, termasuk 99 nama Allah.
Menurut Ustaz Abdullah Mahmud ;
Kalau perhatikan betul-betul, kita akan nampak urat tangan kanan dan kiri bercantum seakan membentuk sampan.
“Apabila urat tangan itu bertemu ia akan menjadi huruf ‘ba’ . Titik ‘ba’ letak kan di hati kita. Kedudukan titik ‘ba’ lebih rendah dari tangan yang kita tadah.”
Setiap huruf hijaiah di dalam Al-Quran, Allah perintahkan satu malaikat menjaganya. Malaikat yang menjaga huruf ‘ba’ bernama ‘Har Hayaail‘.
Malaikat ini akan mengangkat doa kita terus mengadap Allah SWT tanpa sebarang perantara. Oleh itu berdoalah bersungguh-sungguh dengan penuh pengharapan.”
Berikut ini adalah kaedah atau cara menadah tangan dan berdoa dengan betul ;
1. Angkat tangan ke paras dada
2. Rapatkan kedua-dua belah tapak tangan mengenai satu sama lain
3. Apabila tapak tangan dirapatkan, urat atau garisan di tapak tangan akan bertemu dan menjadi melengkung berbentuk seperti huruf ‘ba’
4. Titik bagi huruf ‘ba’ tu letakkan di hati. Kedudukan titik itu lebih rendah dari tangan yang kita tadah.
5. Duduklah dalam keadaan yang penuh sopan. Cara duduk yang terbaik ialah duduk iftirash (duduk seperti duduk antara 2 sujud) atau duduk seperti dalam tahiyyat akhir. Jika berdiri, tegakkan badan betul-
betul. Jangan bersandar seperti orang malas!
6. Sepanjang berdoa, banyakkan memuji kebesaran Allah dan menyebut nama-nama Allah yang lain, bersesuaian dengan keperluan doa kita pada masa itu. Contohnya, jika berdoa mohon dipermurahkan rezeki,
sebutlah nama Allah (ar-Rozzaq).
7. Doa diakhiri dengan puji-pujian pada Allah dan berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW.
8. Berdoalah dengan bersungguh-sungguh dari hati kita. Gunalah bahasa yang mudah difahami kerana Allah Maha Pengasih dan sangat memahami dan mendengar segala bicara tulus dari hambaNya. Walau dalam
bahasa apa kita cakap, Allah pasti faham. Namun, kalau dapat berdoa dengan doa-doa yang diajarkan oleh Nabi SAW (dalam bahasa Arab), itulah yang terbaik.
9. Ajarkanlah adab berdoa ini kepada seluruh ahli keluarga anda sejak dari usia kecil. InsyaAllah ini akan dapat membentuk peribadi baik anak-anak menjadi menjalani kehidupan.
Sumber : Daripada Ustaz Abdullah Mahmud
Selengkapnya...
Monday, October 25, 2010
Sifir itu...
Salam utk para pembaca..
Da lama tak update blogku ini,
terasa jejari pun tak rancak menari seperti sebelum ini..
Apa2pun kumulai kalamku ini dengan menyebut NamaMu Ya Rabbi..
Yang Maha Pengasih, Penyayang lagi Maha Mengasihani..
Alhamdulillah..pagi ini kumasih mampu menghirup udara segar..
mataku mampu melihat dan berkelip,telinga masih mampu mendengar,..
Dan aku juga amat bersyukur kerna lisanku masih mampu bertahlil,
bertahmid,bertakbir, mengingatiMu
Kadang2 ku amat gembira,
tapi kadang2 sedih kurasai jua..
Dan saat itu kutahu syaitan durjana sedang menggoda..
Kulafaz Istighfar agar jauh dari buruk sangka,noda dan dosa..
Hidup ku kini tidak seperti dahulu..
aku kini banyak belajar erti memberi dan menerima..
kalau dulu hanya tahu ilmu teori tapi kini aku belajar ilmu praktikal..
Itulah satu transisi..
dari dunia bujang ke alam perkahwinan..
Alhamdulillah, Rahmat Allah dapat dirasai..
Dan besar tanggungjawabku utk membawa mahligai ini Mengenal Ya Rabb
dengan erti sebenar-benarnya kenal..InsyaAllah..
Kalau ikut sifir matematik..1 + 1 = 2
tapi kalau sifir org yg dah kahwin 1 + 1 = boleh jadi 2/3/4/5/6/...
Fahamkan maksud saya??
jadi buat sahabat2 ,sanak saudara yang selalu menanyakan
tentang sifir itu, bersabarla..
suatu hari nanti sifir itu akan menjadi kenyataan
Kadang2 diri ini risau,kalau keluargaku ikot sifir matematik..
tetap tidak bercambah..Nauzubillah..
Doa kupanjat Ya Allah..Kurniakanlah kami cahaya mata,penyejuk di mata,
penyeri rumahtangga..AMIN..
Dan kuyakin Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hambaNya
dan kuyakin Dia Maha Mendengar..
Selengkapnya...
Friday, March 26, 2010
Antara Tips Rumahtangga Bahagia.
Kehidupan rumahtangga sememangnya seronok.Walaubagaimanapun,setiap pasangan yang sudah berumahtangga perlu ingat bahawa dunia rumahtangga juga ada pasang surutnya.Aku terfikir sendiri,memang benar.Kehidupan rumahtangga bukan semata2 satu tuntutan atau Sunnah Rasulullah S.A.W,malah merupakan satu medan utk kita belajar utk lebih menghargai dan mensyukuri nikmat dariNya..
Aku tercari2 Tips yang boleh dijadikan panduan dalam mengekalkan kebahagiaan Rumahtangga.Aku terbaca dari sebuah laman web.
Antara Tips2nya adalah :
1- Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2- Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3- Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri.
4- Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada dirumah bersama-samanya.
5- Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6- Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7- Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8-Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9- Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali (rujuk).
10- Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua kerana sekiranya rumahtangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh membantu dari segi nasihat
11- Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
12- Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia luar,seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit dengan jualan langsung.
13- Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14- Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15- Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16- Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17- Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18- Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai penghibur
dalam rumah tangga.
19- Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20- Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21- Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran dan tempat percutian.
22- Keluarga Islam, pastikan sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
23- Jangan beri ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi seterusnya.”
Selengkapnya...